"Kami terpaksa menyediakan modul pengajaran berbeza sebab tahap akademik mereka berbeza."
Itu luahan guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang yang telah memulakan penggabungan kelas tanpa menilai tahap akademik murid.
Menurut guru berkenaan, ada 35 murid dalam satu kelas, lima daripadanya berada pada tahap lemah. Jelasnya, ia sedikit sebanyak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
"Cuba bayangkan bila saya tengah fokus mengajar murid yang lemah terutama yang masih tidak mahir membaca dan menulis, takkan saya nak biarkan murid yang cemerlang melompat dalam kelas.
"Mesti saya kena bagi modul pengayaan kepada murid cemerlang, jadi kena ada modul berasingan. Murid sederhana pula macam mana?
BACA: Apa guna gabung kelas tapi 40 murid satu kelas? - PAGE
BACA: Kecilkan jumlah murid, elak proses PDP dalam kelas terjejas - NUTP
"Memang saya kasihan pada yang murid yang lemah, tapi murid Tahap 1 iaitu darjah satu, dua dan tiga tidak tahu lagi untuk membimbing rakan sekelas mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Guru yang telah bertugas lebih 12 tahun itu mengakui turut terbeban dengan tugas lain yang tiada kaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).
"Nak semak kertas peperiksaan, semak kerja sekolah, persiapkan program LINUS, siapkan modul dan pelan pengajaran serta banyak lagi.
"Tidak termasuk lagi nak isi macam-macam maklumat dalam sistem, sampai terpaksa sambung buat kerja di rumah.
"Kita bekerja sebagai guru ini disebabkan oleh minat, tapi banyak sangat perkara yang bukan menggambarkan tugas seorang guru," keluhnya.
Justeru, beliau berharap agar jumlah murid di dalam sesebuah kelas dikurangkan sekali gus membantu para pendidik untuk lebih fokus dalam proses pengajaran.
Malah, ujarnya penggabungan kelas mengikut tahap akademik pada pelajar tahap 1 masih terlalu awal untuk dilaksanakan kerana murid tersebut masih belum memahami konsep membantu kawan yang lemah.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Dec 30 2017

Penggabungan kelas mengikut tahap akademik pada pelajar tahap 1 masih awal untuk dilaksanakan kerana murid masih belum memahami konsep membantu kawan yang lemah. -Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Gabung kelas: 'Takkan nak biar murid melompat?' - Luahan guru terbeban
Cuba bayangkan bila saya tengah fokus mengajar murid yang lemah, takkan saya nak biarkan murid yang cemerlang melompat dalam kelas. Mesti saya kena bagi modul pengayaan kepada murid cemerlang.