KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bersetuju memuktamadkan pelaksanaan formula 40 peratus pemberian hasil Sabah menjelang Julai tahun depan, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick.
Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata perkara itu dapat dicapai menerusi penyertaan pemimpin Sabah dalam Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Ini telah diputuskan dalam Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof). Saya juga adalah sebahagian daripada anggota dan keputusan mesyuarat menyatakan dalam tempoh satu tahun ini, kita perlu memuktamadkan mekanisme pelaksanaan 40 peratus itu.
"Satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali untuk merangka mekanismenya sebelum dibawa semula kepada majlis. Sebab itu ada garis masa. Kalau kita buat keputusan tiada garis masa, itu mencabar.
"Sebab itu bila berada dalam Kabinet, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan garis masa ini dapat dipenuhi," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Nasional UPKO di sini hari ini.
Beliau berkata nilai pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan juga ditambah baik dan Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan warta baharu.
Ewon juga berkata UPKO akan memfokus kepada usaha memperkasa kerjasama antara parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan di Sabah.
Buat masa ini, beliau enggan mengulas lanjut strategi atau pendekatan UPKO bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang termasuk dalam hal-hal berkaitan pembahagian kerusi.
"Pada masa ini, saya ingin mengelak spekulasi mengenai perkara-perkara sedemikian. Kita fokus kepada kerjasama untuk melaksanakan mandat rakyat. Bila tiba masa untuk bercakap tentang pilihan raya, segala kemungkinan akan terjawab," katanya.
Terdahulu, Ewon dalam ucapan dasarnya berkata UPKO perlu memenangi lebih banyak kerusi pada PRN Sabah akan datang namun jumlah dan kemenangan calon parti itu banyak bergantung kepada keberkesanan pimpinan serta pendekatan jentera di kawasan ingin ditandingi.
Selaku Presiden UPKO, Ewon berkata adalah menjadi tugas beliau untuk menetapkan kawasan yang ingin ditandingi seterusnya memastikan kesiapsiagaan menjelang pilihan raya.
"Saya tidak mahu membuat keputusan hanya berasaskan keinginan semata-mata tanpa didukung dengan asas dan inti yang kuat kerana kita mahu menang, bukan kalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata perkara itu dapat dicapai menerusi penyertaan pemimpin Sabah dalam Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Ombak yang mengubah Aceh
Dua dekad tsunami 2004, namun kenangan dan kesannya masih terasa di seluruh dunia. Bagaimana tragedi ini mengingatkan kita tentang kekuatan alam dan pentingnya solidariti global dalam menghadapi bencana? Adakah kita telah belajar dan memperkuat sistem mitigasi bencana melindungi nyawa dan komuniti di masa depan?
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.
Jumlah jualan kenderaan baharu dijangka turun kepada 755,000 unit pada 2025 - CIMB Securities
Penurunan itu dipengaruhi beberapa faktor seperti penyasaran subsidi petrol RON95 dan semakan semula kaedah perkiraan nilai pasaran terbuka.
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
Temui karakter kandungan Astro di Home Of Kids
Astro selaku syarikat peneraju kandungan dan hiburan membawakan semula Home of Kids, sebuah acara yang membawa pengalaman riang kepada kanak-kanak dan seisi keluarga.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
Tsunami 2004: Selepas 20 tahun, trauma masih menghantui
Warga Kuala Muda yang menjadi mangsa tragedi tsunami 2004 berkongsi kisah ketika hari kejadian dan bagaimana sehingga ke hari ini trauma itu masih menghantui mereka.
Indonesia bunyikan siren, kenang 20 tahun tragedi
Bagi memperingati lebih 220,000 mangsa terkorban dalam bencana tsunami yang melanda negara-negara sekitar Lautan Hindi 20 tahun lalu, siren dibunyikan di sebuah masjid di banda Aceh, Indonesia, pagi ini.
38 disahkan terkorban dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Antara mangsa, 23 daripada 37 adalah warga Azerbaijan yang berada di dalam pesawat, maut, manakala 14 lagi selamat.
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.
Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
Hab PMKS di Sabah dan Sarawak akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat perniagaan.
KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.
Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon
Ewon Benedick berkata dapatan daripada kajian mengenai PROTEGE itu adalah penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK13.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon
Sumbangan gerakan koperasi melalui pengumpulan modal syer dan yuran adalah RM17.45 bilion dan penjanaan aset pula berjumlah RM165.9 bilion.
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal menjadi platform PMKS menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.
Semangat merdeka, warga KUSKOP diseru beri perkhidmatan terbaik - Ewon
Warga kementerian seharusnya bersyukur dan merasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berdaulat.