Menurut Perdana Menteri, kerajaan telah melancarkan pelbagai pakej insentif istimewa bertujuan menjadikan Johor sebagai salah satu enjin pertumbuhan utama ekonomi negara.
“Minggu lepas, kami mengumumkan pakej insentif yang kompetitif untuk menjadikan Forest City sebagai magnet bagi modal antarabangsa.
“Ini termasuk kadar cukai korporat konsesi antara 0.5 peratus hingga 5 peratus serta kadar cukai pendapatan individu khas sebanyak 15 peratus untuk pekerja berpengetahuan dan rakyat Malaysia yang memilih untuk bekerja di sana," katanya semasa berucap pada persidangan Invest Malaysia di sini, pada Khamis.
Tambah Perdana Menteri, Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar bagi pejabat keluarga.
Skim pejabat keluarga tunggal ini yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Sekuriti bertujuan, menarik keluarga serantau dan rakyat Malaysia supaya menguruskan kekayaan keluarga mereka dari Malaysia.
Katanya, dengan insentif ini, kerajaan berharap dapat menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke Johor menjadikan negeri itu sebagai tarikan utama dalam pembangunan ekonomi serantau.
Tags: Forest City, Johor, Anwar Ibrahim, insentif cukai