PUTRAJAYA: Program Felo Perdana memberi peluang kepada peserta belia untuk memahami selok-belok pentadbiran negara selain tanggungjawab berat yang dipikul oleh menteri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, sebelum menyertai Program Felo Perdana itu, ada antara mereka yang mempunyai pelbagai persepsi terhadap orang politik dan menteri.
"Bila duduk dengan menteri, boleh tahu susah senang jadi menteri. Bagaimana menteri menyelesaikan masalah, ada yang duduk di pejabat sampai 12 malam tak balik lagi pun ada, kerja tujuh hari seminggu, 24 jam sehari.
"Pendedahan ini bagus supaya dalam kalangan pelajar mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan 'bapa-bapa' menteri, yang selama ini menganggap menteri duduk di pejabat besar, pandu kereta mewah, tetapi tunggulah bila berada bersama menteri nanti kita boleh tahu keadaannya," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Program Felo Perdana dan Felo Korporat 2022, di sini, hari ini.
Seramai 82 peserta Felo Perdana dan 28 orang Felo Korporat menyertai program tahun ini untuk penempatan di pelbagai kementerian dan syarikat korporat yang mengambil bahagian antaranya Bank Islam Malaysia Bhd dan CIMB Bank Bhd.
Ismail Sabri turut meminta para menteri untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahan kepada peserta Felo Perdana mengenai pengurusan kementerian, tugas di Parlimen dan kerja-kerja politik.
"Dedahkan sebanyak yang boleh supaya mereka dapat pelajari sepenuhnya apa yang kita buat selama ini supaya ia boleh dijadikan pengalaman," katanya sambil menambah pendedahan tentang senario politik dan tugas sebagai ahli politik antara perkara yang tidak dapat dipelajari di universiti.
Perdana Menteri dalam pada itu menasihatkan peserta felo usah menunggu arahan sebaliknya mengambil inisiatif sendiri untuk menimba pengalaman selama berada di kementerian.
"Kalau felo dijemput hadir (ke mesyuarat pasca-Kabinet), felo boleh tahu tentang isu berkaitan dengan kementerian dan bagaimana dasar kementerian dibuat. Pengalaman ini amat berguna," katanya.
Ismail Sabri percaya selepas tamat program, ramai peserta Felo akan mendapat tawaran pekerjaan.
"Saya doakan program ini berjaya dan felo semua akan berjaya bukan saja sebagai felo tetapi selepas tamat tempoh Program Felo Perdana," katanya.
Sejak pelaksanaan Program Felo Perdana pada 2013 dan Felo Korporat pada 2019, seramai 753 anak muda telah menyertainya.
Bagi yang terpilih tahun ini, mereka akan ditempatkan bersama mentor masing-masing bermula hari ini sehingga 31 Dis 2022. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, tengah) bergambar bersama peserta Felo Perdana pada Majlis Penyerahan Program Felo Perdana dan Felo Korporat 2022 di Bangunan Putra Perdana hari ini. - Gambar BERNAMA
Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat
Ibu muda yang dilaporkan hilang bersama bayi perempuannya berusia dua bulan di Felda Sungai Kelamah, Seremban pada Jumaat lepas, ditemukan selamat.
Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.
2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.
JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
AS perketat sekatan minyak Rusia ke China, India
Penapisan minyak di China dan India dijangka beralih ke sumber minyak dari Timur Tengah, Afrika, dan benua Amerika, menyebabkan kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Kebakaran Di LA Ragut 14 Nyawa, Ribuan Dipindahkan Brazil, Minais Gerais, Tanah Runtuh, Bencana Alam, Buletin AWANI
Sejak Selasa, enam kebakaran serentak telah melanda Los Angeles, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 kematian dan 16 orang lagi dilaporkan hilang.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil, pada Ahad.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
AWANI Ringkas: Bermula 20 - 24 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Isu HALAL: siasat pihak guna logo HALAL pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).
KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen
Pelajar itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian, namun sijil yang dikemukakan bagi satu daripadanya adalah tidak tulen.
Felo Perdana platform terbaik belia selami budaya kerajaan peringkat tertinggi - PM Anwar
Felo Perdana membolehkan belia untuk lebih memahami dasar kerajaan.
Felo Perdana beri peluang belia fahami pentadbiran negara, tugas menteri
Sebelum menyertai Program Felo Perdana itu, ada yang mempunyai pelbagai persepsi terhadap orang politik dan menteri.
Ramai Felo Perdana berjaya dalam sektor awam, swasta dan politik
Perdana Menteri menyifatkan program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik.
Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata
Peserta Felo Perdana bersama kerajaan perangi COVID-19, pulihkan ekonomi - Muhyiddin
Edisi ke-8 Felo Perdana menyaksikan 82 orang telah terpilih daripada keseluruhan 600 permohonan.
Belia menongkah cabaran pasca pandemik COVID-19
Ketika ini, pengaruh kapitalisme yang menjadi asas ekonomi global menjadikan segalanya perlu didasarkan dengan materialisme.
Felo Perdana saluran terbaik pemerkasaan dua hala belia dan kerajaan
Promosi Program Felo Perdana telah giat dijalankan di universiti-universiti tempatan bagi membuka peluang kepada pelajar IPT mengenali program ini dengan lebih mendalam.
Felo Perdana: Masa untuk buka mata anak muda - PM
Program Felo Perdana edisi kelima menjadi platform terbaik melatih generasi muda terbabit secara langsung dengan golongan pembuat dasar kerajaan.
Program Felo Perdana beri peluang keemasan lihat pentadbiran negara - PM Najib
Program Felo Perdana memberi peluang keemasan kepada generasi muda melihat sendiri kerumitan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.