PERSETERUAN antara manusia dan virus COVID-19 ini nampaknya akan berlangsung dalam beberapa tahun akan datang, namun buat ketika ini amat sukar untuk menentukan siapakah yang bakal keluar sebagai pemenang.
Walaupun begitu, sehingga artikel ini ditulis seramai lebih 425 ribu nyawa manusia telah terkorban akibat dibaham oleh pandemik ini dan menjangkiti lebih dari 10 juta manusia di seluruh belahan dunia.
Suatu angka yang agak besar sekali gus mampu meruntuhkan institusi ekonomi ketamadunan manusia moden. Ekonomi moden dipengaruhi sepenuhnya dengan terma “zero sum game” yakni ada menang, ada yang kalah.
Oleh kerana ini, ia menyebabkan dunia penuh dengan persaingan sekalipun secara asasnya tidak perlu. Hamka ada menyebut di dalam bukunya yang bertajuk “Negara Islam” bahawa tujuan hidup manusia adalah untuk berjuang, namun bukan berjuang untuk “membunuh” saudaranya, namun melengkapkan kemanusiaan.
Namun itulah yang terjadi pada ketika ini, persaingan untuk terus kekal hidup melalui penguasaan ekonomi.
Pengaruh kapitalisme yang menjadi asas ekonomi global menjadikan segalanya perlu didasarkan dengan materialisme.
Secara mudah disifirkan bahawa manusia akan hidup dalam keadaan sukar jika tiada kemampuan ekonomi dan akan menjurus kepada kemelaratan.
Dunia pasca Perang Dunia kedua menyaksikan ekonomi global telah meningkat dengan begitu pesat, setiap aktor negara juga berlumba-lumba meningkatkan kapasiti ekonomi sendiri, sama ada secara mandiri mahupun mengambil keputusan bergantung dengan mana-mana kuasa besar antarabangsa.
Pertentangan antara kelas ekonomi semakin melebar sehingga mewujudkan penentangan massa dalam kalangan golongan belia terhadap sistem sedia ada.
Walau bagaimanapun, sesuai dengan peredaran zaman, golongan belia yang tadi menentang secara perlahan-lahan mulai berasimilasi dengan sistem sedia ada dan begitu yang terjadi seterusnya. Sistem ekonomi kapitalisme terus berjalan tanpa gugatan dan hujatan.
Namun pandemik COVID-19 yang melanda dunia setelah dilahirkan secara “paksa” di Wuhan, China dilihat mulai menganggu gugat aturan dan sirkulasi ekonomi global.
Seluruh dunia merasa bahang dan kesannya.
Ekonomi antarabangsa mulai merudum. Negara-negara yang dahulunya gah dengan pertumbuhan ekonomi sekitar 5 hingga 10% mulai tergeser ke lembah bahaya kemelesetan ekonomi.
Banyak negara mulai melancarkan pelan tindakan ekonomi sebagai ikhtiar merawat penyakit ekonomi yang mampu membinasakan negara masing-masing sama ada yang menggunakan pendekatan ekonomi Keynes, Hayek, Marx mahupun Smith atau apa sahaja.
Sudah pasti golongan yang akan teruk terkesan adalah golongan belia.
Golongan yang penuh idealisme namun rapuh dan poros dengan pengalaman dan jaringan sosial.
Golongan yang baru mulai mencari arah hidup dan tidak mempunyai kemampuan modal yang tinggi namun terjerut dengan berbagai rantai kapitalis meterialis kehidupan.
Ada yang kehilangan kerja setelah bertahun-tahun belajar di menara gading, ada yang baru mulai merasa nikmat menghulur bantuan kepada ibu dan ayah namun terpaksa memikirkan pula keperluan perut untuk terus hidup dan ada juga yang mula memasang angan-angan membeli rumah untuk masa depan namun terpaksa menelan pahit untuk mendahulukan keperluan membayar hutang pinjaman pendidikan.
Tampak segala-galanya sukar akibat penangan pandemik yang maha dasyat ini kepada pasaran buruh khususnya terhadap golongan belia.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah, yang memfokuskan kepada cabaran belia dalam mendepani pasca pandemik COVID-19 di Malaysia, seramai kira-kira 5.45 juta daripada 15.3 juta orang tenaga buruh adalah dari kalangan belia iaitu 35.7% yang berumur di antara 15 hingga 29 tahun.
Jumlah ini boleh dikira sebagai suatu jumlah yang amat besar apatah lagi golongan belia di Malaysia membentuk seramai lebih 13 juta yakni kira-kira 42% dari keseluruhan populasi penduduk di Malaysia.
Sekiranya dengan populasi yang besar ini tidak diambil perhatian oleh negara, maka sudah pasti masa hadapan negara dalam keadaan yang sangat genting.
Menurut Bank Negara Malaysia, unjuran pengangguran dalam kalangan belia akan menokok dari 3.3% pada tahun 2019 kepada 4% pada tahun 2020 ini.
Ia ditambah dengan beberapa sektor yang terkesan dengan kritikal akibat pandemik ini seperti sektor tidak formal, merujuk kepada belia yang bekerja sendiri atau yang bekerja di bawah majikan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sektor-sektor lain seperti industri makanan, jagaan kanak-kanak, pengangkutan udara, pelancongan, hiburan, pengurusan acara, peruncitan, perhotelan serta sukan dan rekreasi.
Sektor-sektor yang terkesan ini menyebabkan seramai 3.13 juta golongan belia yang bekerja di dalam sektor-sektor tersebut berhadapan kehilangan sumber pendapatan dan risiko kehilangan kerja.
Ia belum ditambah dengan graduan-graduan dan golongan mahasiswa yang mengambil jurusan berkaitan sektor-sektor yang terkesan tersebut.
Sememangnya ia suatu realiti yang amat membimbangkan untuk dihadapi apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara membangun dan dikelaskan sebagai negara dunia ketiga.
Sekiranya unjuran Bank Negara Malaysia ini benar-benar menjadi realiti, maka ia akan terpahat dalam sejarah negara, senario pengangguran belia paling buruk mengatasi 3.2% kadar pengangguran belia pada tahun 1998 dan 3.7% kadar pengangguran belia pada tahun 2009 akibat krisis ekonomi globa.
Pengangguran dalam kalangan belia yang tinggi akan menyebabkan ekonomi terus merosot selain menghadirkan kejatuhan domino dalam aspek lain seperti pendidikan, sosial dan politik negara.
Negara akan kacau bilau dan huru hara, pembangunan akan terhenti kerana ketidakstabilan sosial dan politik yang diakibatkan oleh pengaruh ekonomi yang merudum dan tidak mustahil menjadikan negara ini bertaraf “pariah state” dan “fail state” seperti yang dinyatakan oleh Noam Chomsky, sarjana politik, bahasa dan sejarah dari Universiti Arizona.
Menginsafi natijah kebejatan yang bakal melanda golongan belia yang akan terjejas dengan pandemik ini, kerajaan Malaysia telah mulai merancang dan melaksanakan beberapa strategi pasca pandemik COVID-19 untuk belia melalui pelbagai agensi yang berautoriti terutamanya Kementerian Belia dan Sukan.
Golongan belia yang terjejas memerlukan sistem sokongan yang padu untuk bangun semula memajukan diri dan masyarakat akibat kehilangan kerja yang menjadi sumber mata pencarian.
Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menyalurkan bantuan dan subsidi melalui Bantuan Prihatin Nasional yang mana golongan belia yang majoritinya berada di kelas M40 dan B40 adalah penerima terbesar.
Skim peluang pekerjaan baharu juga telah diusahakan oleh kerajaan melalui program PENJANA dan “Graduan@Kerja” bagi membantu golongan belia mendepani taraf kehidupan yang semakin mencabar terutamanya mereka yang berkerja di kawasan bandar serta program “Perantis@Kerja” yang menawarkan elaun tambahan kepada pelajar industri TVET.
Skim-skim bantuan kepada golongan belia ini mampu membantu mereka membangunkan keupayaan diri selain sebagai mesej yang jelas betapa kerajaan sentiasa mengutamakan golongan belia sebagai aset utama negara dalam melestarikan pembangunan dan kemajuan negara kelak.
Walau bagaimanapun beberapa fokus penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh kerajaan kepada belia dan graduan baharu seperti bantuan kewangan pencari kerja pertama kali melalui bantuan elaun bulanan kepada belia yang berdaftar, galakan penyertaan mikro perusahan kecil sederhana (PKS) dalam program latihan industri, mendayakan program Malaysia@Kerja melalui intensif tambahan kepada graduan dan majikan apabila seseorang graduan mendapat pekerjaan setara dengan kelayakan.
Selain itu, dasar dan inisiatif mengurangkan kesan pengangguran juga perlu didaya usahakan oleh pihak kerajaan melalui program perantisan yang fleksibel di semua kementerian dan agensi kerajaan selain meningkatkan dengan sepenuh keupayaan yang dimiliki kerajaan dalam latihan peningkatan kemahiran.
Program latihan ini termasuk disiplin penguasaan bahasa asing, IT dan media, keusahawanan dan teknikal serta perluasan program Felo Perdana yang dilihat dapat membantu dan memajukan daya, akal dan budi golongan belia.
Walau bagaimanapun, segala usaha serta pelan yang dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan ini tidak akan membuahkan hasil sekiranya mentaliti golongan belia masih lagi berada di kelas ketiga.
Seperti mana kata-kata Pendeta Za’ba, “Pemuda haruslah mempunyai cita-cita tinggi supaya hidupnya berarti. Apabila cita-cita tercapai, terutama di hari tuanya, dia akan menekur melihat anak tangga yang dilaluinya dahulu dengan senyuman”.
Usia muda adalah masa untuk mencari sebanyak-banyaknya pengalaman, ilmu dan kemajuan kerjaya, kerana ia adalah suatu pelaburan dan simpanan untuk hari tua kelak.
Maka, berusaha dan bekerjalah dengan sepenuh upaya.
Golongan belia perlu mempersiapkan diri dengan jati diri yang kukuh agar dapat menetukan matlamat dan cita-cita hidupnya dengan jelas.
Hal ini kerana, kebangkitan sesebuah bangsa tidak akan berlaku dengan cara meniru bangsa lain.
Kebangkitan hanya akan berlaku apabila sesebuah bangsa itu mampu membina dan membangunkan jati diri mereka yang telah hilang akibat diterajang dengan penuh hina oleh kuasa kolonial.
Belia yang diimpikan oleh setiap bangsa dan negara adalah belia yang memiliki jati diri bangsa yang kuat, pendokong utama sistem nilai yang benar, memiliki kepimpinan yang unggul serta akhlak yang cemerlang.
Belia seperti ini bukan sahaja mampu menggoncangkan dunia, namun mampu mewujudkan sebuah dunia baharu dengan dimensi pemikiran, penghayatan dan tindakan yang betul.
Idealisme, semangat, kemahiran dan keilmuan golongan belia harus digabungjalinkan agar ia tidak tersasar dari citra yang diimpikan oleh negara bangsa yang bernama Malaysia ini.
Segala aspirasi kerajaan dan masyarakat Malaysia ini hanya mampu dizahirkan oleh belia yang berminda tajdid dan tidak bermentaliti subsidi sekalipun kerajaan akan terus menghulurkan bantuan!
* Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan penganalisis sosial.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Sat Jul 04 2020

Belia di Malaysia membentuk seramai lebih 13 juta yakni kira-kira 42 peratus dari keseluruhan populasi penduduk di Malaysia. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.