KOTA SAMARAHAN: FELCRA membelanjakan lebih RM1 juta dana bagi membantu keperluan Ameniti Sosial termasuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan perkampungan peserta-peserta FELCRA terutama di luar bandar Sarawak.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kesemua perbelanjaan diperuntukkan di bawah Program Perlengkapan Kampung Ameniti Sosial, Program Perlengkapan Kampung-Premis Perniagaan dan Sumbangan Prihatin FELCRA 2021.
"Selain itu sebanyak RM30,500 dana diperuntukkan bagi membaiki bengkel tenunan songket kepada usahawan kampung peserta FELCRA dan juga Sumbangan Prihatin FELCRA kepada Kampung Empila berjumlah RM8,500," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Mesra Peserta FELCRA Bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Dewan Masyarakat Kampung Empila, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.
Daripada jumlah itu katanya, sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja baik pulih Dewan Sri Villa di Kampung Empila, RM48,800 dana kepada enam usahawan bimbingan FELCRA.
Selain itu, RM775,800 dibelanjakan bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan awam di kawasan penempatan peserta FELCRA melibatkan 10 buah kampung.
Dalam pada itu Mahdzir berkata, FELCRA sentiasa komited dalam usaha menyelesaikan isu berhubung kadar dividen peserta terutama melibatkan penduduk di luar bandar.
"Insya-Allah tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang mungkin keadaan akan beransur pulih dan menjadi lebih baik selain harga kelapa sawit juga dapat berada pada tahap yang lebih tinggi. Disebabkan itu, mungkin dividen yang diberikan nanti akan lebih memuaskan kepada peserta-peserta,” ujarnya.
Beliau yakin dengan harga kelapa sawit yang tinggi dan pemotongan hutang peserta yang rendah, dapat memberikan pulangan semula dalam bentuk dividen yang lebih menguntungkan.
“Saya yakin dengan harga kelapa sawit yang tinggi dan pemotongan kepada peserta tidak terlalu tinggi, ia boleh diberikan semula dalam bentuk dividen kepada peserta dan sekiranya peserta mempunyai hutang dengan FELCRA dan menanam kelapa sawit dalam tempoh kira-kira lima tahun, jumlah itu perlu dibayar semula.
“Misalnya, pendapatan seorang peserta berjumlah RM5,000 dan dipotong RM2,000, ini bermakna mereka hanya ada RM3,000 namun jika RM5,000 itu dipotong hanya RM500, mereka akan ada RM4,500 dan kiraan dividen mereka adalah daripada jumlah ini, jadi tinggilah."
Tambah beliau, dividen yang diberikan ketika ini secara purata antara RM500 hingga RM7,000.
Kenyataan Media
Sat Oct 23 2021
Mahdzir Khalid menyampaikan sumbangan Perlengkapan Kampung Ameniti Sosial kepada wakil penerima di Kota Samarahan. - Foto FELCRA
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Tiada penjualan kilang FELCRA Berhad - Ketua Pegawai Eksekutif
FELCRA Berhad mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.