KUALA KANGSAR: Polis masih menunggu maklum balas dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi menentukan sama ada kes berhubung poster yang dimuat naik oleh pereka grafik dan aktivis Fahmi Redza di Facebook dan Twitter berhubung Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, akan disiasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata aktivis itu akan dipanggil bagi membantu siasatan, hanya selepas polis menerima Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya.
"Timbalan Pendakwa Raya yang akan menentukan sama ada kes itu boleh disiasat atau sebaliknya," katanya pada sidang media selepas Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah kilang di kawasan Lubuk Merbau dekat sini hari ini.
Pada 17 Jun lepas, Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.
Mohd Ariff dilaporkan berkata poster yang dimuat naik Fahmi Reza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi 'kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak' mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.
Sementara itu, Omar Bakhtiar berkata operasi hari ini disertai 45 petugas terdiri daripada anggota polis, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, yang melibatkan pemeriksaan di empat premis kilang di sini bermula pada pukul 10.30 pagi tadi, dan oemeriksaan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP untuk beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Omar berkata aktivis itu akan dipanggil bagi membantu siasatan, hanya selepas polis menerima OTI daripada Timbalan Pendakwa Raya. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.