KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mendahului senarai penerima Pingat Peringatan Jubli Intan bersempena 60 Tahun Sarawak Merdeka dalam majlis penganugerahan yang diadakan di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, antara 43 penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) yang disampaikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Turut menerima pingat itu Jen (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn.
Lima timbalan menteri Persekutuan juga menerima pingat yang sama, terdiri daripada Datuk Rubiah Wang (Kemajuan Desa dan Wilayah), Datuk Hasbi Habibollah (Pengangkutan), Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree (Ekonomi), Datuk Seri Huang Tiong Sii (Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Lukanisman Awang Sauni (Kesihatan).
Pingat peringatan itu turut dianugerahkan kepada dua bekas menteri Persekutuan iaitu Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Tan Sri Muhammad Leo Toyad Abdullah, serta bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Tan Sri Mohd Jamil Johari dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Sulong Matjeraie.
Bekas timbalan menteri Persekutuan Datuk Joseph Salang, penerjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg dan bekas ratu renang Sarawak Tania Bugo antara penerima lain pingat itu.
Sementara itu, 32 individu dianugerahkan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Perak), antara mereka Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Amar Hamed Sepawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammad Abdullah Zaidel dan bekas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Datuk Adi Badiozaman Tuah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
![Fadillah antara penerima Pingat Peringatan Jubli Intan kemerdekaan Sarawak Fadillah antara penerima Pingat Peringatan Jubli Intan kemerdekaan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692172159_FadillahYusof.jpg)
Fadillah antara 43 penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) yang disampaikan Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar/ FB Fadillah Yusof
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
![Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
![LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
![Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637063766_pertanian.jpg)
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026 Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717917584_FadillahYusof.jpg)
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.
![Fadillah ketuai delegasi ke UK, hadiri London Climate Action Week 2024 Fadillah ketuai delegasi ke UK, hadiri London Climate Action Week 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717917584_FadillahYusof.jpg)
Fadillah ketuai delegasi ke UK, hadiri London Climate Action Week 2024
Fadillah dijangka menghadiri London Climate Action Week 2024 dan akan menyampaikan ucaptama dalam sesi High-Level Dialogue on Coal Phase-Out.
![TPM Fadillah, Ahmad Zahid ucap Selamat Hari Bapa TPM Fadillah, Ahmad Zahid ucap Selamat Hari Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718501237_HariBapa.jpg)
TPM Fadillah, Ahmad Zahid ucap Selamat Hari Bapa
Timbalan Perdana Menteri Fadillah ucap Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.
![Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717917584_FadillahYusof.jpg)
Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah
Peranan pendidikan KAFA sangat relevan dalam mendukung aspirasi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
![Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718182517_TBFADILLAHKUCHING.jpg)
Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah
Kerajaan Persekutuan merancang untuk membentangkan satu rang undang-undang berhubung perdagangan karbon sebelum akhir tahun ini.
![Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.