KUALA LUMPUR: Kepesatan teknologi membuka ruang pendemokrasian maklumat tanpa sempadan yang membawa cabaran rumit kepada landskap kewartawanan serta tugas wartawan profesional dan media arus perdana.
Bagaimanapun, berbekalkan latihan formal, garis panduan etika dan pengawasan editorial menjadi asas pelaporan berita dan maklumat yang dipercayai dan bertanggungjawab seterusnya menjadi tembok pemisah dengan "wartawan jadian" dalam masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar berkata etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai, malah ia garis panduan yang sentiasa relevan sepanjang zaman.
"Zaman sekarang semua orang boleh jadi 'wartawan' dan buat berita sendiri, tetapi sejauh mana sahih dan benar berita mereka. Inilah yang membezakan mereka dengan kita dalam profesion wartawan ini, kita berpegang teguh kepada etika kewartawanan.
"Etika ini amat penting kerana kita (wartawan profesional) tahu apa kesan dan impak dalam sesuatu bahan pemberitaan kepada umum, mereka (wartawan jadian) hanya pandai 'tembak' (sebar maklumat), bila salah tahu minta maaf sahaja," katanya kepada Bernama.
Bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, "Etika Teras Kewartawanan Mapan" diangkat sebagai tema sambutan yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Mei ini di Kuching, Sarawak.
Mustapa berkata biarpun perkembangan digital memungkinkan sesiapa sahaja untuk membentuk berita sendiri menerusi ruang maya, peranan serta hasil kerja wartawan profesional dan media arus perdana kekal menjadi rujukan utama.
"Walaupun kita berdepan dengan cabaran berita palsu dan maklumat tidak benar, amalan etika ini yang menjadikan bidang kewartawanan terus hidup, mapan serta dipercayai," katanya.
Bagi Pensyarah Kanan (Kewartawanan) Fakulti Komunikasi dan Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Norazlinawati Ngainon, wartawan profesional dan organisasi berita yang menjaga kredibiliti memastikan tahap pematuhan standard etika yang tinggi termasuk bersikap telus mengenai sumber, mengelakkan konflik berkepentingan serta mengamalkan semakan fakta.
"Selain itu, organisasi berita juga harus melabur dalam proses dan alat semakan fakta yang mantap, penggunaan teknologi baharu boleh diguna pakai dalam proses ini, di samping sokongan pemerintah kepada kebebasan akhbar untuk kelestarian dan kredibiliti industri kewartawanan," katanya.
Presiden Kelab Media Putrajaya Wan Zirul Azri Wan Mohammad Sudin berkata tiada kompromi dalam perkara yang berkaitan dengan prinsip kewartawanan dan ia menjadi pegangan setiap pengamal media yang sahih dan diiktiraf.
Katanya, seorang wartawan profesional sentiasa melaporkan fakta benar, tepat dan saksama dalam usaha pembinaan negara bangsa, tidak mencetuskan prasangka buruk mahupun tuduhan tidak berasas serta berpegang teguh kepada undang-undang sepanjang menjalankan tugas.
"Apabila segelintir pihak menuduh pengamal media tidak mengamalkan etika kewartawanan ini satu tuduhan yang amat berat terutama kepada pengamal media yang sentiasa berpegang kepada etika, profesionalisme dan telus dalam pelaporan," katanya.
Sementara itu, wartawan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Fauzura Mat Yusoff berkata amalan kod etika itu penting dalam menentukan corak dan naratif penulisan pemberitaan yang sebenarnya mempunyai impak besar dalam mempengaruhi minda serta pemahaman pembaca serta masyarakat.
Berbanding individu bergelar "wartawan jadian" yang hanya menyebarkan sesuatu maklumat, bahan visual mahupun fakta tanpa menghiraukan kesannya, beliau yang sudah 16 tahun bertugas dalam bidang itu berkata wartawan profesional lebih bertanggungjawab dan rasional dalam menyampaikan sesuatu maklumat.
"Misalnya, apabila berlaku kemalangan, netizen hanya merakam video atau gambar, kemudian menyebar maklumat terbabit berdasarkan fahaman sendiri tanpa memikirkan salah faham dan sensitiviti, berbeza dengan wartawan bertauliah, kami buat semakan fakta terlebih dahulu," katanya.
Pada 20 Feb lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang ditambah baik daripada Etika Wartawan Malaysia yang diterbitkan MPI pada 1989.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Bersempena dengan HAWANA 2024, "Etika Teras Kewartawanan Mapan" diangkat sebagai tema sambutan yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Mei ini di Kuching, Sarawak. - Foto fail/Pixabay
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali.
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Media diseru tangani golongan 'wartawan jadian'
Media massa perlu tegas dengan tanggungjawab mendidik masyarakat melalui sebaran maklumat, pendidikan dan penulisan intelektual.