Kapal tidak boleh dibiar berlabuh sepanjang masa kerana jika demikian, akan timbul masalah seperti teritip melekat di badan kapal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai kenapa kapal layar mewah Equanimity dibawa dari Pelabuhan Klang ke Langkawi.
Kapal layar mewah itu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiba di Langkawi pada Rabu untuk berlabuh sementara setelah melakukan pelayaran dari Pelabuhan Klang sehari sebelumnya.
"Kapal mesti belayar. Anda perlu melayarkan kapal sekurang-kurangnya sekali dalam beberapa hari," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Australia Scott John Morrison di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di sini.
Kapal layar sepanjang 92 meter itu kini berlabuh di jeti Markas Wilayah Laut 3 Tentera Laut Diraja Malaysia (Mawilla 3) di Bukit Malut di Langkawi.
"Mahkamah telah memutuskan Equanimity adalah milik Malaysia. Kita boleh meletakkannya di mana sahaja tetapi sudah tentu niat utama kita adalah untuk menjaga kapal itu. Kita tidak perlukan kapal sebesar itu. Ia terlalu mewah untuk kita. Kita hendak menjualnya...jika anda boleh menjadi pembelinya...bagitahu kami," kata Perdana Menteri.
Pada 26 Okt, Mahkamah Admiraliti meluluskan terma dan syarat-syarat bagi proses pembidaan kapal mewah itu bermula dari 29 Okt hingga 28 Nov.
Equanimity, yang dirampas di Bali pada Februari dan diangarkan bernilai US$250 juta, didakwa dibeli oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.
Ia diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada Ogos.
Dr Mahathir yang juga anggota Parlimen Langkawi sempat berjenaka: "Terima kasih kerana memberitahu saya berita ini. Saya harap apabila saya ke Langkawi nanti saya boleh melawatnya."
Bernama
Thu Nov 15 2018
Equanimity dihantar ke Langkawi hanya untuk pelihara keadaannya - Foto Astro AWANI
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.