Sikap negatif pemandu teksi dilihat sebagai punca sebenar pemandu teksi enggan beralih ke sistem 'e-hailing', bukannya berkaitan faktor usia atau kerana tidak celik teknologi maklumat atau 'buta IT'.
Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah, percaya keadaan tersebut menyebabkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdepan cabaran dalam usaha menggalakkan pemandu teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar itu.
"Sikap segelintir pemandu ini memang tidak baik. Ada antara mereka yang lebih suka menerima wang kertas kerana ia memudahkan urusan.
"Dalam erti kata lain, transaksi itu boleh dilebihkan tanpa dikesan," kata Aslah dengan nada kecewa kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
"Sekiranya kita pakai aplikasi kad kredit, 'cash card' dan sebagainya, kita dapat mengawal dan memantau pergerakan wang atau 'cash flow' mereka," tambahnya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri di Dewan Rakyat pada Khamis mengenai keengganan segelintir pemandu teksi menggunakan sistem 'e-hailing'.
"Ada yang tidak berani, atau mungkin mereka tidak begitu 'IT-savvy' dan tidak mengguna e-hailing. Dan ada sebab usia, dan ada yang rasa, siapa guna e-hailing, itu adalah pesaing pada mereka," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Sementara itu, Pengerusi Pemandu Grab, Uber dan Zepp On, Syed Rosli Syed Harman, berkata pemandu teksi seharusnya tidak 'ditelan zaman' jika mereka ingin mendapat sambutan lebih baik daripada pengguna kenderaan awam.
"Saya tidak rasa ia berkaitan masalah usia. Sebab, banyak saya lihat, ada pemandu teksi berumur yang berhijrah ke e-hailing," ujarnya.
"Mereka terpaksa berhijrah kerana sambutan terhadap pemandu teksi amat menurun, dan pendapatan mereka berkurang kerana itu," tambah Syed Rosli.
Ketika ini, menurut Nancy, kira-kira 14,000 pemandu teksi menggunakan sistem 'e-hailing' dan bilangan itu dijangka meningkat pada masa akan datang.
Arief Subhan
Fri Aug 04 2017

ASLAH: "Sikap segelintir pemandu ini memang tidak baik. Ada antara mereka yang lebih suka menerima wang kertas kerana ia memudahkan urusan. - Gambar fail
Sidang media Datuk Bandar Kuala Lumpur
Sidang media mengenai pembinaan masjid di Jalan Majid India oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif di Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman.

Trump akan tandatangan perintah eksekutif tutup Jabatan Pendidikan - White House
Trump berulang kali menyeru agar jabatan ini dihapuskan, dengan menyifatkannya sebagai "satu penipuan besar."
MITI sokong pelaburan teknologi untuk tingkat kemahiran tempatan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan sokongan terhadap pelaburan teknologi terkini yang meningkatkan kemahiran dan kualiti tenaga kerja tempatan, dengan contoh kejayaan Dyson Malaysia yang kini menggaji 1,400 pekerja tempatan dan terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Kes pesara tampar lelaki bukan Islam tidak berpuasa
- Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
- Santan, bawang India tersenarai dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
#AWANIpagi #AWANInews
- Kes pesara tampar lelaki bukan Islam tidak berpuasa
- Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
- Santan, bawang India tersenarai dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
#AWANIpagi #AWANInews

Protes besar-besaran di Turkiye selepas pesaing Erdogan ditahan
Ekrem Imamoglu dari Parti Rakyat Republik (CHP) yang sekular, dilihat sebagai salah seorang pesaing politik terkuat kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Ini masanya sampaikan ucapan Salam Perantauan kepada insan tersayang!
Syawal 2025 bakal menjelang. Sampaikan Salam Aidilfitri anda dalam format video pendek atau teks ucapan ke:
lebaranawani@astro.com.my atau tag platform sosial media kami
#LebaranAWANI
lebaranawani@astro.com.my atau tag platform sosial media kami
#LebaranAWANI

Kedah turut mohon lesen AFC
Kedah menjadi antara enam kelab Liga-M yang telah mengemukakan permohonan, bersama JDT, Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC dan Penang FC.

Konflik bersenjata: Rakyat Malaysia di Sudan Selatan boleh pertimbang untuk berpindah
Kementerian Luar turut menasihatkan supaya semua perjalanan ke Sudan Selatan ditangguhkan.
Menjelang Aidilfitri: Permintaan tinggi, KTMB tambah lagi 5,016 tiket ETS
Disebabkan permintaan yang tinggi menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna melibatkan laluan KL Sentral-Butterworth dan KL Sentral-Padang Besar.
Zelenskyy: Perbualan bermakna dengan Trump tentang gencatan
Zelenskyy menyifatkan perbualannya dengan Trump sebagai "bermakna," dengan pasukan Ukraine dan AS dijangka bertemu di Arab Saudi bagi membincangkan gencatan senjata separa serta pengukuhan pertahanan udara.

Enggan guna e-hailing - sikap negatif jadi punca - Aslah
Keadaan tersebut menyebabkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdepan cabaran dalam usaha menggalakkan pemandu teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar itu.

Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber
Datuk Aslah Abdullah memberitahu, penggunaan aplikasi ini seolah-olah mengembalikan kewujudan teksi sapu yang cuba dibanteras kerajaan sejak awal tahun 70-an.

Tiada mogok teksi hari ini - Presiden PERPEKLI
Tiada mogok yang akan diadakan oleh pemandu teksi di ibu kota pada hari ini, Presiden PERPEKLI.

Tunggu pengumuman SPAD, tetapan meter baru harus diteruskan?
Proses tetapan meter yang sudah bermula sejak pengumuman kenaikan kadar tambang teksi pada Khamis pastinya kini akan menjejaskan pelbagai pihak.

Pemandu teksi merungut keluar belanja sendiri tetapan meter baru - Perpekli
Pemandu teksi di sekitar ibu kota merungut kerana terpaksa membelanjakan sehingga RM100 untuk tetapan meter tambang baru yang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).