KUALA TERENGGANU: Stesen bacaan enam sungai di empat daerah di Terengganu melepasi paras bahaya setakat pukul 11 pagi tadi berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Rabu lepas.
Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai melepasi paras bahaya di daerah Kemaman iaitu Sungai Tebak setinggi 19.37 meter (m) berbanding 18.5 m dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih setinggi 14.54 m (paras bahaya 14 m).
Difahamkan, beberapa kawasan di Kemaman mula dinaiki air antaranya Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Padang Kubu, Kampung Tebak dan Kampung Batu 16 serta Seberang Jabor.
Sementara itu di Setiu, dua sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Chalok setinggi 9.14 m (paras bahaya 8.4 m) dan Sungai Setiu setinggi 17.84 m (paras bahaya 17.5 m).
Selain itu, Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut merekodkan ketinggian air 35.11 m mengatasi paras bahaya 35 m dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang setinggi 2.82 m (paras bahaya 2.7 m).
Enam lagi sungai di empat daerah kini melepasi paras amaran iaitu tiga di daerah Hulu Terengganu (Sungai Berang, Sungai Peneh dan Sungai Telemong) serta Sungai Nerus di Kampung Langkap daerah Setiu, Sungai Dungun dan Sungai Tumpat di Kemaman.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya, buruk dan waspada) untuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan berkuat kuasa hingga esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Beberapa buah bot nelayan yang terdapat di muara Sungai Setiu ekoran tidak dapat turun ke laut susulan cuaca buruk ketika tinjauan di Kampung Mangkuk hari ini. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
Dua batang sungai di Jerantut berada pada paras waspada dan trend menaik
Penduduk di pesisir sungai utama di daerah Jerantut diingatkan sentiasa berwaspada kerana dua batang sungai menunjukkan trend menaik ekoran hujan berterusan.
Hujan lebat berterusan, banjir semakin buruk di Kelantan
Gelombang baharu banjir yang melanda negeri Kelantan semakin buruk apabila 2,214 orang mangsa membabitkan 661 keluarga dipindahkan setakat jam 12 tengah hari tadi.
Banjir: Paras air melebihi tahap bahaya di tiga negeri - JPS
Tiga stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pahang, Johor dan Kelantan menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya.
Enam sungai di Terengganu melepasi paras bahaya, beberapa kawasan dinaiki air
Stesen bacaan enam sungai di empat daerah di Terengganu melepasi paras bahaya setakat pukul 11 pagi tadi berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Rabu lepas.