AMPANG JAYA: Enam lelaki berpakaian wanita dicekup dalam operasi bersepadu di sekitar Pandan Indah di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, operasi bersepadu yang bermula pukul 10.30 malam itu turut melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.
"Operasi bersepadu ini adalah bagi membanteras kegiatan tidak bermoral dan aktiviti kumpulan mak nyah di sekitar kawasan Pandan Indah, Ampang.
“Hasil dari operasi yang dijalankan, seramai enam lelaki yang berpakaian menyerupai wanita disyaki pondan yang menjalankan aktiviti maksiat dan tidak bermoral di sekitar kawasan pekan Pandan Indah, Ampang telah ditahan.
"Lima individu yang beragama Islam telah diserahkan kepada JAIS, manakala seorang individu bukan beragama Islam disiasat polis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohamad Farouk berkata, MPAJ turut merobohkan dinding bilik yang dijadikan bilik sewa individu berkenaan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Tindakan itu katanya dilakukan mengikut Seksyen 79(3) Akta Parit dan Bangunan 1974 Akta 133.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dibuat ke atas mereka yang ditahan mendapati seorang positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
"Lima individu beragama Islam disiasat di bawah Seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, manakala seorang individu yang bukan beragama Islam disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955
"Individu yang positif dadah pula disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Umavathi Ramayah
Sun Aug 07 2022
Mohamad Farouk Eshak berkata, enam lelaki yang berpakaian menyerupai wanita disyaki pondan ditahan di sekitar Pandan Indah, Ampang Jaya. - IPD Ampang Jaya
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Kempen, propaganda parti mesti di luar kawasan masjid - JAIS
Semua bentuk bahan kempen atau propaganda hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis atau kawasan pagar masjid dan surau.
Selangor larang program umat Islam diadakan di rumah ibadat lain
Peraturan sudah menetapkan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain, selain agama Islam dilarang sama sekali.
Selepas digertak dengan notis saman, individu fitnah Puteri Sarah tampil mohon maaf
Pelakon Puteri Sarah sudah menerima permohonan maaf terbuka daripada individu yang menabur fitnah berkenaan dirinya di media sosial baru-baru ini.
JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan.
Isu taksiran ganti rugi berhubung pendakwaan salah terhadap Ezra Zaid selesai - Peguam
Perkara itu dimaklumkan peguam Fahri Azzat, yang mewakili Mohd Ezra, ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Bagaimanapun, kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.
Suami isteri pengusaha pusat tahfiz ditahan, pelajar dakwa didera
Laporan polis yang dibuat oleh seorang pengadu membawa pada siasatan yang mendapati pusat tahfiz di Ampang, Selangor itu beroperasi secara haram.
Ucapan kalimah murtad: "Bukan mainan dibibir, dilaknat dalam Islam" - JAIS
Implikasi penggucapan kalimah murtad bukan sahaja memberi kesan kepada individu penutur malah memberi kesan besar kepada kepentingan umat Islam, agama dan negara.
Sultan Selangor dukacita dengan sikap tidak berhati-hati keluarkan kata-kata jejas akidah
Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.
JAIS tahan 4 individu terlibat ajaran meragukan
JAIS menahan empat individu terdiri daripada dua lelaki dan wanita, serta menyita beberapa bahan bukti dari premis dan individu terlibat di sekitar Hulu Langat malam tadi.