SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan empat individu terdiri daripada dua lelaki dan wanita, serta menyita beberapa bahan bukti dari premis dan individu terlibat di sekitar Hulu Langat malam tadi.
Dalam kenyataan hari ini Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, keempat-empat mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7, 9 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995.
Menurutnya, kes terhadap mereka telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.
"Mahkamah telah menetapkan jaminan bagi seorang tertuduh lelaki adalah dengan seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 41 dan RM1,000, pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, dua minggu sekali.
"Manakala bagi dua orang tertuduh wanita, mahkamah telah menetapkan jaminan bagi setiap tertuduh iaitu seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 48 dan RM3,000, passport antarabangsa diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dua minggu sekali," katanya.
Beliau berkata, seorang lagi suspek lelaki telah dilepaskan dengan Bon Jamin Penguatkuasa.
Mohd Shahrizan berkata, sebutan semula kes telah ditetapkan oleh mahkamah pada 28 Julai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
"Dengan tertangkapnya empat orang suspek ini, JAIS dijangka dapat menyelesaikan kes melibatkan perbuatan beberapa individu di dalam negeri Selangor, disyaki menyanggahi ketetapan hukum syarak atau fatwa, penghinaan kepada Al-Quran dan Al-Hadith, serta mempersenda, menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
JAIS menahan empat individu terdiri daripada dua lelaki dan wanita, serta menyita beberapa bahan bukti dari premis dan individu terlibat di sekitar Hulu Langat malam tadi.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka.
JAIS siasat 612 individu terkait GISB - Exco Agama
Jabatan Agama Islam Selangor peroleh kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat 612 individu yang dikaitkan dengan GISB (GISB) Holdings Sdn Bhd.
GISB: Lapan sekolah pengajaran Islam persendirian di Selangor diarah tutup
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengarahkan lapan sekolah pengajaran Islam persendirian yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di negeri itu ditutup.
JAIS bentang laporan penuh isu GISB minggu hadapan
Mohammad Fahmi berkata laporan itu akan memperincikan tindakan yang telah dan akan diambil selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
JAIS diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah agama di Selangor
Ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.
JAIS tubuh pasukan khas, siasat ajaran sesat di Selangor - Exco
Pasukan siasatan khas JAIS ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berhubung sekolah agama dan pusat pengajian agama di negeri ini yang terlibat dengan penyebaran ajaran sesat.
Op Global: Dua sekolah dikaitkan dengan GISB berdaftar dengan JAIS
Kedua-dua sekolah berkenaan masing-masing akan tamat pendaftaran pada 31 Disember 2024 dan 31 Disember 2025.
Selangor tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menarik balik keputusan untuk membenarkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid mengajar di negeri Selangor.