KUALA LUMPUR: Enam kawasan di Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celsius dan telah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba setakat Rabu.
Kawasan terlibat ialah Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Ipoh dan Lubuk Merbau, Perak serta Batu Embun dan Temerloh, Pahang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata keadaan cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba, iaitu situasi yang membawa risiko kesihatan hipetermia atau strok haba dan dehidrasi.
"Cuaca panas yang dirasai pada ketika ini adalah berpunca daripada fenomena El Nino kuat. El Nino merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap dalam tempoh dua hingga tujuh tahun," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sehingga bila keadaan itu akan berterusan.
Justeru beliau menasihati orang ramai supaya mengehadkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air dan merujuk kepada pakar kesihatan sekiranya mengalami masalah strok haba.
Wilfred berkata petunjuk bagi paras ambang gelombang haba di negara ini adalah apabila suhu tertinggi harian sesuatu tempat mencapai 35 darjah Celsius untuk lima hari berturut-turut dan melebihi dua darjah Celsius daripada purata jangka panjang suhu maksimum.
Paras ambang gelombang haba juga dikesan apabila suhu tertinggi harian mencapai atau melebihi 37 darjah Celsius untuk tempoh tiga hari berturut-turut bagi kawasan berkenaan, katanya.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi pada 8 Mac lepas, cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang dialami sekarang diramal kembali normal pada Jun.
Bernama
Thu Mar 17 2016
Enam kawasan di Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celsius dan telah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba setakat Rabu.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Enam kawasan catat suhu tinggi 35 darjah Celsius
Enam kawasan di Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celsius dan telah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba setakat Rabu.
Cuaca terkawal, sesi persekolahan akan bersambung seperti biasa
Pihak sekolah bagaimanapun perlu mengambil langkah berwaspada untuk memastikan keselamatan pelajar.
Cuaca panas: MB mahu aktiviti luar kelas dikaji semula
Ia susulan insiden seorang pelajar yang mengikuti Latihan Perkhemahan Kadet Polis di Pusat Kokurikulum Sultan Ahmad Shah meninggal dunia.