Enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) berganding bahu mengadakan gotong-royong menembak babi hutan yang sering memusnahkan tanaman dan memakan ternakan penduduk di enam kampung.
Pengerusi JKKK Kampung Kubang Bemban, Wan Samsuddin Wan Abdullah berkata, kampung terlibat ialah Kampung Kubang Bemban, Alor Lintah, Teluk, Gong Terap, Pak Da Malik dan Gong Badang.
Katanya, ancaman babi hutan semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan ini di kampung terbabit yang terletak berdekatan antara sama satu lain.
“Puluhan babi hutan dipercayai bersembunyi di dalam semak sekitar kampung itu sering merosakkan tanaman penduduk seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek dan labu.
“Haiwan liar itu turut berkubang dalam sawah padi menyebabkan padi rosak selain menghampiri rumah penduduk untuk memakan ternakan seperti ayam dan itik,” katanya ketika program gotong-royong menembak babi hutan di Kubang Bemban.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri merangkap Adun Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof turun padang meninjau program di bawah pemantauan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Menurut Samsuddin, gotong-royong tersebut melibatkan lebih 20 orang pemilik senjata api berlesen termasuk anggota Rela.
“Anjing memburu digunakan bertujuan mengesan kedudukan babi kemudian menghalau babi hutan keluar dari tempat persembunyian ke arah pemburu yang menunggu di lorong-lorong yang telah dikenal pasti sebelum menembaknya,” katanya.
Kata Shamsuddin, menerusi gotong-royong pertama hanya tiga ekor babi hutan berjaya ditembak dan gotong-royong akan diteruskan setiap Sabtu sehingga Jun depan.
Sementara itu, menurut Muhammad Pehimi, pihak berkaitan telah memaklumkan perkara ini kepada Perhilitan untuk tindakan sewajarnya.
Sinar Harian
Sun Apr 08 2018

Enam JKKK mengadakan gotong royong menembak babi hutan yang sering memusnahkan tanaman dan memakan ternakan penduduk di enam kampung.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Sanggup dibaham buaya kerana sudah mengucap
Lelaki berkenaan melarikan diri daripada ditangakap penduduk selepas mengugut seorang warga emas menggunakan sebilah parang.

Enam kampung diancam babi hutan
Enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) berganding bahu mengadakan gotong royong menembak babi hutan yang sering memusnahkan tanaman dan memakan ternakan penduduk di enam kampung.