Tujuh lelaki termasuk empat warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 3 Nov hingga 16 Dis lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi di sekitar Johor, Sabah, Melaka dan Selangor.
"Warga asing yang ditahan termasuk dua pelajar di Universiti Antarabangsa Al-Madinah Shah Alam dan seorang operator kilang di Johor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khalid berkata dua pelajar berkenaan ditahan bersama seorang lagi suspek di sekitar Selangor pada 3 Nov manakala operator kilang warga asing berusia 26 tahun ditahan di Johor pada 8 Dis lepas.
Beliau berkata siasatan mendapati salah seorang dari pelajar berkenaan pernah disiasat oleh pihak berkuasa asing kerana terlibat dalam kumpulan militan Daesh.
Pada Sept lepas, pelajar itu disyaki terlibat dalam percubaan mendapatkan maklumat-maklumat sensitif mengenai aspek keselamatan di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara manakala seorang lagi pelajar disyaki bersubahat dengannya.
"Pemeriksaan mendapati seorang lagi suspek pernah ditahan di Timur Tengah pada 2010 kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Al-Qaeda.
"Ketiga-tiga suspek yang ditahan di Selangor itu telah diusir pulang ke negara asal pada 22 dan 23 Nov lepas," katanya.
Beliau berkata operator kilang itu pula ditahan kerana disyaki merancang untuk menyeludup senjata api ke Poso, Indonesia serta menyusup masuk ke Myanmar bagi melancarkan serangan.
Selain itu, Khalid berkata tiga lagi lelaki rakyat tempatan yang ditahan termasuk seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan di Melaka pada 26 Nov lepas kerana disyaki anggota kumpulan pengganas Daesh.
Menurut beliau, lelaki berkenaan disyaki menerima arahan dari rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan pengganas Daesh di Syria Muhammad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di sekitar Melaka dan ibu negara.
Katanya, siasatan mendapati suspek itu juga telah mendapatkan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan 'alat letupan improvisasi'(IED) dari seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan Daesh di Syria yang dikenali sebagai Muhammad Nasrullah Abd Latif@Abu Gomes.
"Seorang lagi ialah pemandu lori berusia 24 tahun yang ditahan pada 16 Dis kerana disyaki telah mengancam untuk melancarkan serangan bom ke atas pusat hiburan di sekitar ibu negara melalui akaun Facebook miliknya," katanya.
Beliau berkata seorang pekerja kilang perabot berusia 35 tahun pula ditahan di Kota Kinabalu pada 16 Nov kerana disyaki menganggotai sel Daesh di Sabah.
Sehubungan itu, Khalid berkata kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - Kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). -- Bernama
Bernama
Tue Dec 20 2016

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas . - Foto PDRM

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.

Tahanan LTTE rai Deepavali bersama keluarga
Kesemua 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE rai hari kebesaran penganut agama Hindu itu bersama keluarga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Suspek Salafi Jihadi meninggal dunia terlibat kemalangan di Bukit Beruntung
Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Mickael Alain Louvier meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Lapan ditahan, disyaki terbabit dalam tindakan memudaratkan keselamatan
Mohamad Fuzi berkata kesemua suspek mempunyai hubungan dengan sebuah pusat pengajian Islam di Perlis, sama ada sebagai pelajar, bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar.

Bukit Aman serbu Cyberjaya kesan pengganas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu mengalih tumpuan ke kawasan Neo Cyber, dalam usaha menjejaki warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan keganasan.

Ayob Khan jadi sasaran ancaman bunuh kumpulan Daish Indonesia
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui dia kini menjadi sasaran bunuh kumpulan Daish dari Indonesia.

Enam suspek terlibat aktiviti kumpulan Daish ditangkap
Enam warga tempatan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan militan Daish ditangkap dalam operasi khas di Kelantan, Selangor, Melaka, Johor, dan Pulau Pinang.

Empat warga asing antara tujuh lelaki ditahan terlibat kumpulan pengganas
Tujuh lelaki termasuk empat warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 3 Nov hingga 16 Dis lepas.

Penggodam IS salur maklumat untuk serang tentera AS
Dia yang mengetuai sel penggodam yang dinamakan 'Kosovo Hacker's Security' juga dikenali dengan nama penggodamannya, 'Th3Dir3ctorY'.

Kegiatan militan: Tanggungjawab semua betulkan fahaman halalkan membunuh
Propaganda yang dilancarkan oleh kumpulan militan IS menerusi laman sosial memerlukan pihak berkuasa mengerakkan satu jalinan kerja yang mantap bagi menanganinya.