Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu mengalih tumpuan ke kawasan Neo Cyber, di sini, dalam usaha menjejaki warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan keganasan, selepas operasi sama dijalankan di Masjid India, Kuala Lumpur dua hari lepas.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata operasi yang bermula pada pukul 9.30 malam itu dijalankan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi memastikan temasya itu berjalan lancar.
"Kita pilih kawasan ini kerana ada ramai warga Arab seperti Syria dan Iraq serta warga Afrika yang berkemungkinan ada kaitan dengan pejuang pengganas asing," katanya kepada pemberita ketika operasi itu.
Beliau berkata mereka yang mempunyai identiti mencurigakan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk semakan dengan data Interpol dan Jabatan Imigresen bagi memastikan mereka tidak tersenarai sebagai pengganas.
Menurutnya 200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi itu membabitkan Unit Pemusnah Bom, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Seperti operasi yang dijalankan sebelum ini, Ayob Khan berkata turut serta dalam operasi kali ini adalah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom yang meminjamkan alat pengesan radioaktif 'Personal Radiation Detector'.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2017

PDRM mengalih tumpuan ke kawasan Neo Cyber dalam usaha menggempur warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan keganasan, selepas operasi sama dijalankan di Masjid India, Kuala Lumpur dua hari lepas. - Foto BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kemajuan Afrika perangi malaria terjejas
Duma Boko menegaskan, kemajuan positif Afrika dalam memerangi penyakit itu terjejas akibat pelbagai faktor, termasuk kekurangan dana.

Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo
Pegawai tertinggi dari negara-negara Afrika Timur dan Selatan menggesa gencatan senjata segera di Republik Demoktratik Congo.

Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.

Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.

UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
Varian clade Ib menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Thailand kesan mpox dari lelaki Eropah yang tiba dari Afrika
Lelaki itu telah menjalani ujian untuk menentukan sama ada kes itu adalah varian Clade 1 dengan keputusan dijangka dikeluarkan pada Jumaat.

EU hantar vaksin mpox ke Afrika
Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar 175,420 dos vaksin kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (AfricaCDC) untuk mencegah mpox.

Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.