Pakar godam militan IS yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 15 September lalu dikenal pasti sebagai Ardit Ferizi, 20, seorang warga Kosovo.
Dia yang mengetuai sel penggodam yang dinamakan 'Kosovo Hacker's Security' juga dikenali dengan nama penggodamannya, 'Th3Dir3ctorY'.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) berkata penangkapan Ardit dibuat berdasarkan waran tangkap sementara di mana dia didakwa memberikan sokongan material kepada IS dengan melakukan penggodaman komputer.
Ardit menggodam sistem komputer syarikat mangsa dan mengambil beribu-ribu maklumat peribadi (PII) pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan AS untuk disalurkan kepada militan IS untuk tindakan susulan.
"AS memohon dia diekstradisi ke Pejabat Peguam Negara bagi Daerah Timur Virginia untuk dibicarakan. Dia kemudian memberikan lebih 1,000 PII pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan AS kepada ISIL yang akan digunakan terhadap pekerja-pekerja.
"Di antara Jun dan Ogos 2015, Ardit memberikan PII yang diperolehi kepada anggota IS, Junaid Hussain, atau nama lainnya Abu Hussain al-Britani," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan pada Khamis berkata, Ardit telah memasuki negara ini pada Ogos tahun lepas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan komputer forensik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.
"Hasil siasatan, suspek telah berkomunikasi dengan salah seorang pemimpin kanan militan IS di Syria bagi tujuan menggodam beberapa server yang mengandungi maklumat mengenai anggota pasukan keselamatan AS sebelum disalurkan kepada bahagian operasi kumpulan itu untuk tindakan susulan mereka," katanya.
Tambah kenyataan Jabatan Keadilan AS, maklumat yang diberikan Ardit membawa kepada tweet yang dibuat Junaid Hussain bertajuk 'BARU: Kerajaan dan tentera AS telah digodam oleh Bahagian Penggodaman Negara Islam' di atas nama Bahagian penggodaman IS (ISHD) pada 11 Ogos.
Tweet berkenaan mengandungi pautan kepada dokumen setebal 30 halaman, tiga halaman awal menyatakan, bahawa IS telah berada berada dalam e-mel dan sistem komputer serta mempunyai segala butiran mengenai diri mereka.
"Kami berada dalam e-mel dan sistem komputer anda, memerhatikan dan merakam setiap langkah anda, kami mempunyai nama dan alamat anda, kami berada dalam e-mel dan akaun media sosial anda, kami sedang mengekstrak data sulit dan menyebarkan maklumat peribadi anda,
"Tidak lama lagi tentera khilafah, dengan izin Allah akan menyerang batang leher anda di tanah anda sendiri!', tulis pautan dalam tweet berkenaan.
Dokumen di 27 halaman seterusnya mengandungi nama, alamat e-mel, kata laluan e-mel, lokasi dan nombor telefon kira-kira 1,351 tentera AS dan kakitangan kerajaan yang lain
Tambah kenyataan itu lagi, posting bekenaan bertujuan untuk menyediakan PII milik kakitangan kerajaan yang disenaraikan kepada penyokong IS di AS dan di tempat lain untuk tujuan menggalakkan serangan pengganas terhadap individu-individu berkenaan.
Menurut Penolong Peguam Negara bagi Keselamatan Negara AS John P. Carlin, kes ini merupakan yang pertama seumpamanya dan, dengan pendakwaan ini, pihaknya berusaha untuk menahan Ardit yang bertanggungjawab terhadap kecurian maklumat ini dan peranannya dalam IS yang mensasarkan pekerja kerajaan.
Hakim Rahman
Fri Oct 16 2015

Pakar godam militan IS yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 15 September lalu dikenal pasti sebagai Ardit Ferizi, 20, seorang warga Kosovo. -Astro AWANI

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Penggodam IS salur maklumat untuk serang tentera AS
Dia yang mengetuai sel penggodam yang dinamakan 'Kosovo Hacker's Security' juga dikenali dengan nama penggodamannya, 'Th3Dir3ctorY'.