KULAI: Seorang wanita dan tiga rakan lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang rakan lelaki mereka dalam kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Taman Tan Yoke Fong, di sini, minggu lepas.
Bernama melaporkan, Mohd Hafize Mohamad Kassim, 36, Awalludin Abdul Hamid, 54, Tan Wei Cong, 25, dan Noorhaszieda Hasan, 32, kesemuanya penganggur mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.
Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa dengan niat bersama telah menyebabkan kematian Nosaisain Muhamad, 46, di sebuah rumah di G-30, Jalan Tan Yoke Fong 25, Taman Tan Yoke Fong, antara 7 pagi dan 9.45 malam, 16 Ogos lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 5 Okt untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Edelynn Wong manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, mangsa adalah rakan kepada semua tertuduh.
Astro Awani
Thu Aug 26 2021
Mohd Hafize Mohamad Kassim, 36, Awalludin Abdul Hamid, 54, Tan Wei Cong, 25, dan Noorhaszieda Hasan, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin. - Bernama
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Padah tawar pinjaman tidak wujud, empat sekawan dijatuhi hukuman denda
Empat sekawan masing-masing didenda RM4,000 selepas didapati bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud.
Empat sekawan didakwa bunuh rakan
Tiga lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Taman Tan Yoke Fong.
Pelajar lemas di Air Terjun Sungai Chiling
Remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat lemas di Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor, pada Selasa.