Tatkala mereka di tempat lain nampak seronok menunggu fenomena air pasang besar luar biasa, lain pula yang terjadi kepada empat keluarga di Kampung Parit Jambi dan Bagan Laut, Rengit, di sini.
Rumah empat keluarga itu dinaiki air laut sejak pukul 10 pagi Isnin akibat fenomena air pasang besar yang sering berlaku apabila tiba hujung bulan Disember.
Salah seorang penduduk, Zakir Othman, 45, berkata, fenomena air pasang besar ini asalnya fenomena biasa di kalangan mereka yang tinggal di kawasan pantai di sekitar Rengit dan Senggarang, di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bagan Laut berkata, fenomena mulai membimbangkan penduduk sekitar apabila ia menjadi semakin serius sejak lima tahun kebelakangan ini.
"Dalam masa berkenaan jugalah air laut mulai masuk ke kawasan kediaman dan juga turut mengakibatkan jalan kampung dinaiki air, sehingga ada di antara kediaman sekitar sini terputus hubungan," katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, pada Isnin.
"Pada fenomena air pasang hari ini (Isnin), empat keluarga terjejas apabila dengan tiba-tiba sahaja air pasang besar ini naik sehingga kira-kira paras peha orang dewasa.
"Jika sebelum ini ketika berlaku air pasang besar, ia hanya melibatkan kawasan kebun sahaja tetapi sejak kebelakangan ini ia semakin serius apabila turut melepasi benteng yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang jaraknya 250 meter dari kediaman penduduk," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Malik Faishal Ahmad berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan memaklumkan kepada Pejabat Daerah, JPS dan agensi penyelamat untuk bersiap sedia menghadapi keadaan lebih buruk.
"Daripada tinjauan pagi tadi (Isnin), saya dapati ada bahagian benteng yang pecah dan jika tiada tindakan daripada pihak berkuasa kira-kira 2,000 penduduk sekitar akan berisiko.
"Saya turut berharap kerajaan negeri memandang kepada masalah ini, tindakan yang perlu dilakukan adalah penyelesaian jangka panjang dan bukannya sementara, di mana dalam masa lima tahun ini kira-kira 200 ekar tanah sekitar telah terjejas," katanya.
Sementara itu, tinjauan kira-kira pukul 6.00 petang Isnin mendapati paras air semakin beransur surut, namun fenomena itu dijangka akan berulang pada 27 Disember nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 25 2018
![Empat rumah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar Empat rumah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81545697952_AIRPASANGBESAR.jpg)
Malik Faishal menunjukkan benteng yang telah pecah ketika fenomena air pasang besar berlaku di daerah Batu Pahat, 24 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732268027_plastikjepun.jpg)
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
![Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665452541_TBairpasang.jpg)
Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m
Bacaan paras air laut itu yang tertinggi setakat ini dicatatkan berlaku berbanding sebelum ini.
![Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611040846_hujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin
Kawasan terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.
![Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603943991_TBPENCEMARANSUNGAI.jpg)
Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.
![Empat rumah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar Empat rumah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81545697952_AIRPASANGBESAR.jpg)
Empat rumah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar
Rumah empat keluarga itu dinaiki air laut sejak pukul 10 pagi Isnin akibat fenomena air pasang besar yang sering berlaku apabila tiba hujung bulan Disember.
!['Kalimah syahadah selamatkan diriku!' 'Kalimah syahadah selamatkan diriku!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539819267_syahadah.jpg)
'Kalimah syahadah selamatkan diriku!'
Bilal yang dikenali sebagai Mohd Rahman itu berkata, waktu kejadian itu berlaku dia baharu sahaja mahu laungkan azan Maghrib di masjid berkenaan.
![Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513801669_950x600.jpg)
Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba
Pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.
![Air laut di Selangor diramal di paras tinggi Air laut di Selangor diramal di paras tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61476456881_RibutTropikaMELOR.jpg)
Air laut di Selangor diramal di paras tinggi
Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5 meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan (9 Okt).