IPOH: Seorang lelaki dan tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang tadi sebelum dikerahkan ke lokasi.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan iaitu sebuah treler dan enam buah kereta sedan.
"Terdapat empat orang mangsa tersepit iaitu seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota bomba mengeluarkan kesemua mangsa dan telah disahkan maut oleh petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Dalam masa sama, jurucakap itu memberitahu, JBPM telah menyerahkan kesemua mangsa kepada polis dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.16 petang.
Sementara itu, Plustrafik dalam hantaran di laman Twitter melaporkan, kejadian kemalangan berkenaan telah mengakibatkan semula lorong terhalang dan trafik tidak bergerak sepanjang 7 km.
Bagaimanapun, kesemua lorong telah dibuka semula dan trafik kembali lancar 45 minit selepas itu.
Amirrul Rabbani
Wed Jul 13 2022

Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa daripada salah sebuah kenderaan sedan yang terlibat dalam kemalangan Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di Ipoh, pada Rabu. - Gambar ihsan Bomba
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.

Kemalangan maut: Empat sekeluarga dikebumi dalam dua liang lahad
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi.

4 maut kenderaan bawa mayat naib presiden Malawi rempuh orang ramai
Seramai empat orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh ketika menyertai perarakan pengebumian bekas naib presiden Malawi, Saulos Chilima di daerah Ntcheu, pada Ahad.

Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.

4 maut, 13 cedera terkena renjatan semasa perarakan keagamaan di India
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lebih 13 lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik semasa perarakan keagamaan di Jharkhand, timur India pada Sabtu, lapor Xinhua.

4 maut ditembak di Georgia, suspek masih bebas
Insiden tembakan berlaku sekitar 10.45 pagi EST (14:45 GMT) waktu tempatan di Henry County yang terletak sekitar 30 batu di selatan Atlanta.

Empat maut dalam insiden tembakan di Idaho, Amerika Syarikat
Seorang suspek ditahan selepas empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bandar kecil di Kellog, Idaho.

Empat maut selepas ziarah ahli keluarga meninggal dunia
Sopiah tidak menyangka akan kehilangan pula empat lagi ahli keluarga terdekatnya dalam nahas di Jalan Parit Semerah-Parit Kudus di hadapan SK Parit Kudus, di Pontian, pada petang Khamis

4 maut kereta bertembung lori bawa batu arang
Empat warga emas maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong, di sini petang tadi.

4 maut kemalangan di LPT: 'Tak tahu mak, ayah dalam perjalanan ke Kuala Terengganu' - Anak
Azrilina Mohamad, 44 berkata, mereka hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 6 pagi, dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarga terdekat.