LILONGWE: Seramai empat orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh ketika menyertai perarakan pengebumian bekas naib presiden Malawi, Saulos Chilima di daerah Ntcheu, pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Empat orang terbunuh, termasuk seorang wanita hamil, dalam perarakan pengebumian bekas Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima, di daerah Ntcheu.
  • Insiden itu berlaku apabila kenderaan yang membawa jasad Chilima merempuh orang ramai, mengakibatkan 12 cedera dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
  • Chilima, yang meninggal dalam nahas pesawat minggu lalu, telah disemadikan di kampung halamannya di Nsipe, Ntcheu.


Insiden berlaku apabila kenderaan yang membawa jasad Chilima merempuh mereka yang hadir, mengakibatkan empat orang terbunuh manakala 12 lagi cedera, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Naib Presiden itu terkorban dalam nahas pesawat minggu lalu.

Jasad Chilima tiba di kampung halamannya di Nsipe, Ntcheu pada petang Ahad sebelum disemadikan pada Isnin.

-- BERNAMA