LILONGWE, MALAWI: Sebuah pesawat tentera yang membawa Naib Presiden Malawi dan sembilan yang lain dilaporkan hilang dan operasi pencarian sedang dijalankan, menurut pejabat Presiden negara itu.
Pesawat yang menerbangkan Saulos Chilima yang berusia 51 tahun itu berlepas dari ibu kota, Lilongwe, pada Isnin, namun, gagal membuat pendaratan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mzuzu kira-kira 370km (230 batu) ke utara kira-kira 45 minit kemudian.
Pesawat tersebut meninggalkan Lilongwe pada pukul 9 pagi waktu tempatan.
Pihak berkuasa penerbangan terputus hubungan dengan pesawat itu apabila ia "hilang dari radar," menurut kenyataan dari pejabat Presiden Malawi, Lazarus Chakwera.
Chakwera dimaklumkan mengenai pesawat yang hilang itu oleh ketua angkatan bersenjata Malawi, lalu mengarahkan operasi pencarian dan membatalkan lawatan ke Bahamas.
"Semua usaha untuk menghubungi pesawat tersebut sejak ia hilang dari radar telah gagal setakat ini," kata kenyataan itu.
Presiden telah mengarahkan pihak berkuasa Pusat dan tempatan untuk "melaksanakan operasi pencarian dan penyelamatan segera untuk mencari keberadaan pesawat tersebut," menurut pejabatnya. - Agensi
Agensi
Mon Jun 10 2024

Pesawat yang menerbangkan Saulos Chilima berlepas dari ibu kota, Lilongwe, pada Isnin, namun, gagal membuat pendaratan. - Gambar fail REUTERS

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pesawat bawa pemain termahal Cardiff City hilang, dikhuatiri terhempas
Pemain baru Cardiff City, Emiliano Sala berada dalam pesawat ringan yang hilang di Selat Inggeris.