TAIPING: Empat warga emas maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong, di sini petang tadi.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizan Shahrudin, keempat-empat mangsa yang menaiki Toyota Vios itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya lagi, mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dan dua dua wanita.
Mereka dikenali sebagai Ng Swee Ho, 67, Ng Ah Mooi, 63, Chew Yang Kim, 77 dan Kor Siok Har, 64.
"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.31 petang, seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dengan dibantu BBP Taiping bergegas ke lokasi.
"Kemalangan itu mengakibatkan empat mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala pemandu treler selamat.
"Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Aida Aziz
Fri Feb 24 2023

Keempat-empat mangsa yang menaiki Toyota Vios itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar/ JBPM

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori
Muhammad Faiz Rozaini, 31 tahun, beralamat di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pesara tentera maut, anak parah dirempuh kereta di Padang Besar
Seorang pesara tentera maut, manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka, dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri dekat Padang Besar.

Bapa tak sangka lihat kemalangan anak sendiri
Kemalangan berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik, pokok kelapa dan hentian bas.

Dua sahabat maut kemalangan selepas solat tarawih
Dua remaja lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di sini pada Khamis, dalam perjalanan pulang dari solat tarawih.

Suami isteri maut, anak cedera, nahas dua kereta di Kuala Kurau
Dua yang meninggal dunia ialah pemandu berusia 59 tahun dan isterinya berumur 66 tahun manakala anak mereka yang cedera berusia 13 tahun.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Wanita maut terjatuh dari jejambat di Lebuhraya DASH
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.