PONTIAN: Tidak sampai 24 jam kehilangan adiknya yang meninggal dunia kerana terjatuh dalam bilik air di rumah ibu mertuanya di Kampung Parit Bengkok di sini Rabu lalu, seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Sopiah Roz, 57 tidak menyangka akan kehilangan pula empat lagi ahli keluarga terdekatnya dalam nahas di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Parit Semerah-Parit Kudus di hadapan SK Parit Kudus, di sini, pada petang Khamis, lalu.
Nahas yang dilaporkan berlaku sekitar jam 5 petang itu meragut nyawa suaminya, Jamaludin Abd.Wahab, 58; anaknya, Muhammad Shah Rizal Jamaludin (22) dan adik bongsunya, Muhamad Nor Azlan Roz (28) yang maut di lokasi kemalangan manakala adik iparnya, Mohd Faizal Saari, 35, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Selepas dapat berita mengenai adik bongsu, Baharuddin yang meninggal dunia kerana jatuh di bilik air, saya, suami dan anak (Muhammad Shah Rizal) bergerak ke Johor (Pontian) untuk ziarah.
“Setelah urusan pengebumian (selesai), petang itu, suami, anak, adik dan adik ipar saya keluar bersama-sama. Mereka ke mana sama ada mencari makanan untuk berbuka puasa atau ke tempat lain saya tidak tahu kerana panggilan telefon tidak berjawab.
“Akhirnya, saya dapat tahu mereka kemalangan apabila telefon dijawab oleh anggota polis...memang terkejut sangat saya masa tu,” katanya.
Untuk rekod kemalangan yang dilaporkan berlaku sekitar 5 petang itu melibatkan dua kenderaan, Proton Saga dari arah Parit Semerah ke Parit Kudus dan kereta Proton Perdana dari arah bertentangan.
Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Proton Saga yang dinaiki Jamaludin, Muhamad Shah Rizal, Muhamad Nor Azlan dan Muhamad Faizal Saari hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta Proton Perdana di laluan bertentangan hingga menyebabkannya terjunam ke dalam parit berhampiran.
Akibatnya, Jamaludin, Muhammad Shah Rizal dan Muhammad Nor Azlan maut di tempat kejadian manakala Muhamad Faizal Saari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Pemandu Proton Perdana, Danny Tauh, 20, pula kini dirawat di Hospital Pontian kerana mengalami kecederaan.
Tambah Sopiah, beberapa hari sebelum nahas, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau berkelakuan pelik.
Katanya, biarpun sedih dengan segala yang berlaku, namun baginya ia merupakan ketentuan ALLAH SWT dan dia reda dengan apa yang berlaku.
“Semua yang berlaku ni ketentuan ALLAH SWT. Dia yang berkuasa atas segala-galanya. Saya reda dengan apa yang telah berlaku,” katanya.
Difahamkan, jenazah Muhamad Nor Azlan Roz dan Mohd Faizal Saari akan dikebumikan di Gombak, Kuala Lumpur manakala jenazah Jamaludin dan Muhamad Shah Rizal akan dikebumikan di Tapah, Perak pada malam ini (Jumaat).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, setakat ini pihaknya menunggu laporan bedah siasat (post mortem) mengenai kemalangan berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan polis juga akan memanggil pemandu kereta Proton Perdana untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 31 2023
Isteri Allahyarham Mohd Shah Rizal, Siti Zulaikha Bah Seni bersama seorang anak perempuan berusia setahun di Hospital Pontian, pada malam Khamis. - Foto Sinar Harian
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Kemalangan maut: Empat sekeluarga dikebumi dalam dua liang lahad
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi.
4 maut kenderaan bawa mayat naib presiden Malawi rempuh orang ramai
Seramai empat orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh ketika menyertai perarakan pengebumian bekas naib presiden Malawi, Saulos Chilima di daerah Ntcheu, pada Ahad.
Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
4 maut, 13 cedera terkena renjatan semasa perarakan keagamaan di India
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lebih 13 lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik semasa perarakan keagamaan di Jharkhand, timur India pada Sabtu, lapor Xinhua.
4 maut ditembak di Georgia, suspek masih bebas
Insiden tembakan berlaku sekitar 10.45 pagi EST (14:45 GMT) waktu tempatan di Henry County yang terletak sekitar 30 batu di selatan Atlanta.
Empat maut dalam insiden tembakan di Idaho, Amerika Syarikat
Seorang suspek ditahan selepas empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bandar kecil di Kellog, Idaho.
Empat maut selepas ziarah ahli keluarga meninggal dunia
Sopiah tidak menyangka akan kehilangan pula empat lagi ahli keluarga terdekatnya dalam nahas di Jalan Parit Semerah-Parit Kudus di hadapan SK Parit Kudus, di Pontian, pada petang Khamis
4 maut kereta bertembung lori bawa batu arang
Empat warga emas maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong, di sini petang tadi.
4 maut kemalangan di LPT: 'Tak tahu mak, ayah dalam perjalanan ke Kuala Terengganu' - Anak
Azrilina Mohamad, 44 berkata, mereka hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 6 pagi, dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarga terdekat.
Pemandu trak tunda LPT antara 4 yang maut
Pekerja Lebuhraya Pantai Timur (LPT) disahkan antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM135.7 LPT 1, berdekatan dengan susur keluar Chenor, awal pagi, Sabtu.