KOTA KINABALU: Penempatan empat Kapal Misi Persisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Pemerintahan Armada Timur di sini mampu memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara khususnya di Sabah.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata LMS memainkan peranan menangkis ancaman, mengawasi kawasan operasi, meronda zon ekonomi eksklusif dan platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik dan perang.
"TLDM akan manfaatkan dengan sebaik mungkin (keupayaan LMS) demi mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan Sabah termasuk melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan pelanunan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat TLDM Kota Kinabalu dan mendengar taklimat mengenai 'Operasi Murni' iaitu persiapan menghadapi banjir di Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di sini hari ini.
Tiga daripada LMS terbabit iaitu KD Keris yang ditauliah pada 6 Jan 2020, KD Sundang (5 Mac 2021), dan KD Badik (22 Okt 2021) bernaung di bawah Skuadron LMS Ke-11 berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Hishammuddin berkata LMS keempat iaitu Rencong tiba di pangkalan itu pada 28 Dis lepas dan akan menyertai skuadron apabila menerima pentauliahan pada 28 Jan depan yang kemudian dikenali sebagai KD Rencong.
"Keberadaan keempat-empat LMS di dalam negara khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini cukup bermakna bagi TLDM kerana ia menandakan semua LMS telah selesai diterima oleh TLDM dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia akan meneruskan kerjasama rapat dengan Sabah dan agensi berkepentingan menerusi Operasi Murni bagi memastikan kesiapsiagaan mendepani bencana terus berada di tahap tertinggi.
"Sejak hari pertama banjir di Sabah termasuk Kota Marudu, Paitan, Beluran, Sandakan dan Telupid, anggota ATM telah diatur gerak bukan sahaja membantu memindahkan mangsa banjir tetapi juga menghantar barang keperluan dan makanan serta membantu penyediaan makanan di pusat pemindahan.
"Sebanyak 385 anggota bersama dengan 50 aset daripada Briged Kelima Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Barat Sabah dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Timur Sabah sedang diletakkan dalam keadaan bersiap siaga untuk diatur gerak pada bila-bila masa di negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika melakukan lawatan atas kapal Littoral Mission Ship (LMS) RENCONG di Markas Pemerintahan Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Empat LMS di Sabah mantapkan kawalan keselamatan perairan negara - Hishammuddin
Penempatan empat LMS TLDM di Markas Pemerintahan Armada Timur mampu memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara khususnya di Sabah.