Empat lelaki berumur antara 30 hingga 40 tahun ditahan oleh Pasukan Khas Jabatan Perhutanan (Protect) Tawau di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, 60 kilometer dari bandar Tawau pada Rabu.
Dalam kejadian kira kira jam 12 tengah malam, suspek terdiri dari dua warga tempatan dan selebihnya warga asing ditahan ketika sedang menaiki kenderaan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan berkenaan.
Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Jaini berkata melihat pergerakan suspek mencurigakan, pihaknya terus menahan dan memeriksa kenderaan berkenaan.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat lelaki berada di dalam kenderaan berkenaan.
Pemeriksaan lanjut menemui seekor rusa yang telah mati di belakang bonet kenderaan, dipercayai ditembak oleh pemburu berkenaan.
Turut ditemui ialah selaras senapang buatan sendiri jenis bekakuk dan beberapa butir peluru.
Keempat-empat suspek berkenaan ditahan bersama barang rampasan termasuk seekor rusa mati, selaras senapang dan beberapa butir peluru serta kenderaan digunakan suspek dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997 dan Akta Senjata Api 1960.
Petrus Bernard
Fri Nov 29 2019

Empat pemburu ini ditemui bersama selaras senapang buatan sendiri jenis bekakuk dan beberapa butir peluru. Astro AWANI/Protect Tawau

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Penarik kereta tidak mengaku miliki pistol, pedang samurai
Tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol berwarna hitam dan perak bertulis Zoraki M 906-TD di Kubang Edang, Bechah Keranji di Melor pada jam 9.30 pagi, 31 Januari lalu.

Kerajaan tunggu laporan penuh mansuh hukuman mati mandatori
Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum cadangan itu dibentangkan di peringkat kabinet.

Reman suspek bunuh gajah pygmy disambung
Enam suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, disambung reman dua hari lagi.

Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew
Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.