Misi Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) akan dimulakan hari ini bagi membawa pulang 132 rakyat Malaysia (termasuk ahli keluarga mereka) dari bandar Wuhan, China yang telah mendaftar dengan Kedutaan Malaysia.
Selain 132 rakyat Malaysia itu, misi berkenaan juga membawa bersama 14 pegawai kerajaan dari pelbagai kementerian dan agensi sementara 12 orang lagi merupakan krew pesawat AirAsia.
Pegawai dan anggota yang terlibat dalam misi ini adalah dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa agensi lain.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua 158 penumpang dalam pesawat tersebut perlu melalui empat fasa saringan iaitu sebelum berlepas ke Wuhan, semasa misi membawa pulang (in-flight operation), ketibaan di tanah air dan di pusat pemantauan.
Menurut beliau, mereka hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing masing sebaik melepasi kesemua ujian saringan selain tidak menunjukkan sebarang simptom sewaktu tempoh pemantauan ditetapkan.
“Mereka akan dibenarkan pulang selepas sihat dan negatif jangkitan nCoV, tetapi dengan tempoh 14 hari, selepas 14 hari," kata Dr Dzulkefly dalam sidang media di pejabatnya pada Isnin.
Dr Dzulkefly bagaimanapun, tidak mendedahkan lokasi spesifik bagi pusat pemantauan sebaliknya, beliau menjelaskan, pihaknya telah melihat kawasan tersebut yang lengkap dengan fasiliti.
Tambah Dr. Dzulkefly, waris keluarga yang pulang dari bandar Wuhan juga tidak dibenarkan untuk melawat ahli keluarga mereka yang ditahan di pusat pemantauan, melainkan telah melebihi 14 hari.
Kata beliau, mereka yang berkemungkinan dijangkiti dapat dikesan mempunyai simptom positif novel koronavirus akan segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
“Bergantung kepada bagaimana yang telah disaring itu, bagi yang ada gejala atau ada simptom akan dibawa ke hospital rujukan 2019 nCoV sama ada Hospital Sungai Buloh atau Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Setakat jam 12 tengah hari Isnin, Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa tiada kes pertambahan kes positif 2019-nCoV.
“Alhamdulillah, kita bersyukur tidak saksikan apa-apa penambahan. Hari keempat, positif kekal lapan kes.
“Pesakit dibawah pemantauan (PUI) adalah 192 orang. 22 masih menunggu keputusan, 167 negatif manakala jumlah positif kekal tiga (pesakit).
“Pihak Kementerian Kesihatan akan terus memantau dari semasa ke semasa dan mendapatkan maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan semua pihak,” kata beliau lagi.
Faris Danial Razi
Mon Feb 03 2020
Dr Dzulkefly berkata, kesemua 158 penumpang dalam pesawat tersebut perlu melalui empat fasa saringan iaitu sebelum berlepas ke Wuhan, semasa misi membawa pulang, ketibaan di tanah air dan di pusat pemantauan. - Gambar fail
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Sekolah dibuka semula kecuali tujuh sekolah masih ditutup
Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles akan dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Penduduk Gaza terus menderita
Penduduk Palestin di bandar Gaza tidak lagi tahu di mana tempat selamat untuk berlindung sekali gus meneruskan kehidupan.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Indonesia perhebat kesiapsiagaan bencana letusan
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia telah mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, memfokuskan kepada aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.
Kyushu Jepun bergegar, amaran Tsunami dikeluarkan
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.
Elak ketagih, China hadkan kanak-kanak layan permainan video hanya 15 jam sebulan
Tencent dan NetEase mula kenakan had kepada yang berumur bawah 18 tahun, untuk bermain maksima hanya 15 jam ketika cuti sekolah.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.
8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu.
Tiada kes HMPV dilaporkan di Indonesia
Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan tiada kes Human Metapneumovirus (HMPV) yang kini merebak di China, dikesan di negara itu.
China jangka 9 bilion trip antara wilayah semasa musim puncak perayaan Tahun Baharu Cina
Angka ini diunjurkan meningkat tujuh peratus daripada musim puncak perjalanan perayaan tahun lepas dan berpotensi mencatat rekod tertinggi.