SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menyelamatkan empat beradik masing-masing berusia tujuh bulan, dua tahun, lima dan tujuh tahun yang ditemui dibiarkan bersendirian selama tiga hari di sebuah rumah di Ampangan di sini pada Isnin.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rosnah Sardi berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu daripada jiran kanak-kanak berkenaan.
"Pihak kami menerima aduan daripada beberapa jiran pada jam 9.40 malam kelmarin (Isnin) mengenai keadaan tiga kanak-kanak dan seorang bayi berusia tujuh bulan yang ditemui dalam keadaan tidak terurus.
"Penduduk sudah mengambil mereka dan ditempatkan di kediaman jiran serta diberikan makanan. Ketika JKM mengambil mereka, anak-anak ini berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menurutnya, pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Ujarnya, tindakan lanjut turut dilakukan dengan menghubungi pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) kerana kes membabitkan pelarian daripada Rohingya yang dilindungi UNCHR
"Hasil siasatan mendapati ibu mereka dikatakan keluar rumah sejak 1 Disember lalu dan tidak kembali. Bapa pula berada di lokap dan akan dilepaskan, hari ini (Rabu).
"Anak-anak ini ditempatkan di tempat selamat sebelum diserahkan kepada bapa kandung di bawah pemantauan pihak UNCHR," katanya
Tambahnya, satu laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 17 (1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 06 2023

Empat beradik ditemui dalam keadaan tidak terurus oleh jiran. -Foto ihsan pembaca

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak telah digerakkan dengan segera bagi memastikan keperluan asas dan sokongan psikososial disalurkan kepada mangsa banjir.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.

3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.

1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.

GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.

Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy
Depoh simpanan keperluan bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.