PENCEMARAN sungai di Selangor yang berulang kali berlaku sebelum ini menyebabkan jutaan rakyat terjejas apatah lagi apabila bekalan air terpaksa ditutup untuk kerja pembersihan.
Meskipun kerajaan negeri meningkatkan kadar hukuman, daripada RM200,000 ke RM1 juta namun pencemaran masih berlaku, seolah-olah hukuman itu tidak menghadirkan gerun kepada mereka yang gemar melakukan pencemaran.
Melihat isu tersebut yang seakan tiada berkesudahan, dua pengkaji dari EMIR Research, Jason Loh Seong Wei dan Tan Tze Yong mencadangkan dua strategi radikal untuk menangani pencemaran sungai kepada kerajaan persekutuan dan negeri Selangor.
BACA: Polis panggil pemilik kilang bantu siasatan pencemaran Sungai Semenyih
Strategi pertama, kerajaan Persekutuan dan Negeri harus mempertimbangkan untuk menambah klausa undang-undang kepada semua akta berkaitan pencemaran sungai.
Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan bantuan guaman percuma kepada isi rumah atau perniagaan untuk menyaman mereka yang melakukan pencemaran sehingga menjejaskan penduduk.
Klausa undang-undang sebegitu secara tidak langsung akan memberi tekanan kewangan kepada pencemar sekali gus dapat mengawal tindakan mereka dalam membuang efluen.
Apabila tuntutan kewangan diteruskan dalam prosiding sivil, pencemar akan berfikir banyak kali untuk membuang bahan tercemar ke dalam sungai apatah lagi sekiranya kos daripada pencemaran itu akan membebankan mereka.
Justeru, apabila berlakunya pencemaran sekali lagi, rakyat Selangor tidak perlu bimbang dengan kerugian dihadapi kerana mereka boleh menuntutnya daripada pihak yang melakukan pencemaran.
Strategi kedua pula ialah meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan, bukan hanya merancang untuk melakukannya tapi benar-benar melaksanakannya.
Selain itu, EMIR Research juga mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan pangkalan data yang mengumpul jenis bahan kimia digunakan setiap industri dan berkongsi maklumat itu di kalangan pihak berkuasa berkaitan.
Apabila pencemaran sungai berlaku, pihak berkuasa boleh terus mencari dalam pangkalan data untuk mengetahui bahan kimia apa yang digunakan, sekali gus mengecilkan skop siasatan.
Tindakan ini dipercayai akan mempercepatkan proses mencari pesalah.
Astro Awani
Mon Apr 04 2022
![EMIR Research cadang dua strategi radikal tangani pencemaran sungai di Selangor EMIR Research cadang dua strategi radikal tangani pencemaran sungai di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/41566396152_kekuranganoksigen.jpg)
EMIR Research mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan pangkalan data yang mengumpul jenis bahan kimia digunakan setiap industri dan berkongsi maklumat itu di kalangan pihak berkuasa berkaitan.- Gambar fail
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
![RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694408269_TBKULAIJBALAMSEKITAR.jpg)
RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana
Kajian mengenai pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dijalankan bagi menguruskan efluen daripada industri untuk menangani pencemaran air.
![Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594810505_IrAbasAbdullah.jpg)
Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Kejadian pencemaran air yang mengakibatkan gangguan bekalan air secara statistiknya kecil, iaitu hanya 19 insiden berbanding keseluruhan 210 kes pencemaran air direkodkan antara tahun 2020 hingga 2022
![Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630417824_AmlirAyat.jpg)
Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis
Pelaksanaan hukuman denda yang tinggi semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu pencemaran air yang terus berlaku.
![Air sisa ternakan, rumah sembelihan ancam alam sekitar, apa tindakan kita? Air sisa ternakan, rumah sembelihan ancam alam sekitar, apa tindakan kita?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51672806446_pencemaran.jpg)
Air sisa ternakan, rumah sembelihan ancam alam sekitar, apa tindakan kita?
Ramai tidak sedar rumah sembelihan antara industri yang menggunakan sejumlah besar air mentah dan menghasilkan sejumlah besar air sisa.
![EMIR Research cadang dua strategi radikal tangani pencemaran sungai di Selangor EMIR Research cadang dua strategi radikal tangani pencemaran sungai di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/41566396152_kekuranganoksigen.jpg)
EMIR Research cadang dua strategi radikal tangani pencemaran sungai di Selangor
Pencemaran masih berlaku, seolah-olah hukuman berat tidak menghadirkan gerun kepada mereka yang gemar melakukan pencemaran.
![50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak 50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645653742_Pengusahaikansangk.jpg)
50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak
Penternak ikan di kuala sungai itu menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.
![Pencemaran di LRA Semenyih: Pemilik kilang berasaskan makanan didakwa Pencemaran di LRA Semenyih: Pemilik kilang berasaskan makanan didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630806408_TBGARISANKUNING.jpg)
Pencemaran di LRA Semenyih: Pemilik kilang berasaskan makanan didakwa
Siasatan mendapati kilang tersebut beroperasi dan beberapa sampel pelepasan efluen perindustrian.
![Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621327300_WaterPipe.jpg)
Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor
Proses pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada tekanan air dan jarak lokasi kediaman pengguna dalam sistem agihan bekalan air.
![Henti tugas LRA Sg Semenyih: 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan bekalan air Henti tugas LRA Sg Semenyih: 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603076714_BekalanAir.jpg)
Henti tugas LRA Sg Semenyih: 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan bekalan air
Tindakan itu terpaksa diambil pihak pengurusan LRA berkenaan berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.
![Lagi pencemaran bau sumber air mentah dikesan Lagi pencemaran bau sumber air mentah dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614839498_AirPaip.jpg)
Lagi pencemaran bau sumber air mentah dikesan
LUAS dimaklumkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung pencemaran berkenaan yang dikesan pada tahap 2 ton.