PASIR PUTEH: Seramai 50 penternak ikan di Sungai Semerak, di sini menggesa Kerajan Negeri Kelantan supaya mempercepatkan proses menggali semula kawasan kuala sungai berkenaan yang tertimbus sejak 20 tahun lepas akibat hakisan yang berlaku ketika musim tengkujuh.
Setiausaha Persatuan Ikan dalam Sangkar Sungai Semerak, Budin Awang Teh berkata rata-rata penternak ikan di kuala sungai berkenaan terpaksa menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.
"Banyak ikan mati kerana kekurangan oksigen disebabkan pencemaran air yang teruk malah saya juga turut mengalami kerugian lebih RM20,000 apabila ikan yang diternak dua tahun lepas banyak yang mati," katanya ketika ditemui pemberita di kuala Sungai Semerak, di sini semalam.
Selain itu, seorang lagi penternak ikan Ong Yeong Tiang, 32, berkata sekiranya pihak kerajaan tidak memandang serius isu ini ia akan menyebabkan ramai penternak terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu untuk menampung kerugian yang dialami.
"Saya mempunyai 50 sangkar ternakan ikan di sini yang diusahakan sejak 10 tahun lepas dan kerugian kasar yang terpaksa saya tanggung hampir mencecah RM1 juta," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata kebanyakan ikan yang diternak di kawasan ini mendapat permintaan daripada hotel-hotel ternama di Kuala Lumpur dan dieksport ke Singapura.
"Saya sangat simpati dengan nasib yang menimpa rata-rata penternak ikan di sini dan saya amat berharap agar pihak bertangungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi memastikan nasib mereka terbela dan terjamin," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Ong mengaut bangkai ikan dalam sangkar untuk dibuang di sangkar Lagunan Sungai Semerak, Pasir Puteh, 23 Feb 2022. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Banjir: Ikan kerapu hibrid mati, 32 penternak rugi lebih RM1 juta
Kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.
50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak
Penternak ikan di kuala sungai itu menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.
Penternak ikan rugi lebih RM100,000 akibat banjir
Limpahan air Sungai Ngor akibat hujan berterusan itu menyebabkan beberapa rumah penduduk turut dinaiki air.
Banjir: Penternak ikan rugi lebih RM400,000
Air naik mendadak mencecah empat meter sehingga menyebabkan 80,000 ikan patin dan keli terlepas dari sangkar.
Budak 5 tahun ditemukan bapa terapung dalam kolam ikan
Ketika kejadian, bapa mangsa yang baru selesai makan tengah hari dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya berusia 10 tahun bahawa adiknya telah jatuh ke dalam kolam.