KUALA KANGSAR: Seorang penternak ikan kerugian lebih RM100,000 apabila kira-kira 1.5 tan ikan kelah, baung dan belida peliharaannya dihanyutkan dalam kejadian banjir kilat di Kampung Ngor di sini pada Khamis.
Dalam kejadian itu, limpahan air Sungai Ngor akibat hujan berterusan itu menyebabkan beberapa rumah penduduk turut dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.
Penternak berkenaan, Mohamad Nasir Mohd Razali, 39, berkata, dia tidak sempat untuk menikmati hasil jualan ikan apabila ketiga-tiga kolam yang diusahakannya itu ditenggelami air bah.
"Saya pasarkan sendiri ikan di restoran-restoran sekitar Pahang dan Selangor dengan kelah dijual RM500 sekilogram manakala baung dan belida hanya RM45 sekilogram.
"Setiap kali hujan, saya berasa bimbang dan dalam kejadian ini boleh dikatakan semua ikan hanyut.
"Lebih 10 kali berlaku dalam tempoh setahun, saya kini tidak mampu untuk menampung kerugian lagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.
Dakwanya, kejadian banjir kilat sering dialami penduduk kampung sejak tiga tahun lalu selepas wujudnya projek ternakan ikan yang menambak tebing sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Sepanjang saya membesar di kampung ini, tidak pernah berlaku banjir sehinggalah wujud projek ternakan ikan yang telah menambak rizab sungai ini hingga menyebabkan aliran sungai itu menjadi sempit.
“Sungai tidak dapat menampung air tambahan musim hujan ketika ini. Banjir ini boleh diselesaikan sekiranya pihak berkaitan ambil tindakan dengan aduan yang diajukan sejak tiga tahun lalu.
“Apabila aduan kami kepada pemimpin tempatan dan jabatan terlibat seolah-olah tidak diendahkan, akhirnya penduduk yang menjadi mangsa hingga terpaksa menanggung kerugian,” dakwanya.
Banjir yang sering berlaku di Kampung Ngor menyebabkan penghadang jambatan runtuh hingga membahayakan pengguna terutama kanak-kanak.
Menurut Mohamad Nasir, dia merayu kepada jabatan terlibat untuk segera turun padang membantu penduduk dengan mendalamkan atau perluaskan sungai tersebut.
Bagi penduduk, Rohani Jamaluddin, 64, kejadian banjir kilat itu adalah terburuk yang dialaminya hingga terpaksa menyediakan sampan sebagai alternatif untuk menyelamatkan suaminya, Harun Ar Rashid, 72, yang tidak boleh berjalan.
Dia yang mengalami rabun dan kurang pendengaran mengakui tidak berdaya untuk mengangkat suaminya sekiranya air memasuki kediaman mereka berdua.
“Ketika kejadian air sejengkal lagi nak masuk rumah dengan keadaan hujan lebat. Anak yang tinggal berhampiran sudah sediakan sampan untuk bawa suami keluar kalau keadaan makin buruk.
“Syukur tiada apa-apa yang terjadi. Banjir kerap berlaku sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini tidak pernah terjadi walaupun rumah berhampiran sungai kerana tebingnya tinggi,” katanya.
Katanya, dia yang tinggal berdua hanya mengharapkan bantuan daripada anak-anaknya untuk menyara kehidupan dan mengakui tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak.
“Kos rawatan untuk suami yang sakit buah pinggang dan batu karang hanya mengharapkan bantuan anak-anak yang bekerja kampung,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Oct 02 2021

Mohamad Nasir menunjukkan keadaan sungai yang sempit didakwa akibat ditambak pihak tidak bertanggungjawab. - Foto Sinar Harian
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Banjir: Ikan kerapu hibrid mati, 32 penternak rugi lebih RM1 juta
Kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.

50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak
Penternak ikan di kuala sungai itu menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.

Penternak ikan rugi lebih RM100,000 akibat banjir
Limpahan air Sungai Ngor akibat hujan berterusan itu menyebabkan beberapa rumah penduduk turut dinaiki air.

Banjir: Penternak ikan rugi lebih RM400,000
Air naik mendadak mencecah empat meter sehingga menyebabkan 80,000 ikan patin dan keli terlepas dari sangkar.

Budak 5 tahun ditemukan bapa terapung dalam kolam ikan
Ketika kejadian, bapa mangsa yang baru selesai makan tengah hari dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya berusia 10 tahun bahawa adiknya telah jatuh ke dalam kolam.