PASIR PUTEH: Seramai 32 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Semerak, di sini, mengalami kerugian lebih RM1 juta apabila ternakan mereka mati sejak empat hari lepas, akibat banjir.
Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak Mustapa Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.
"Beribu-ribu ikan kerapu hibrid yang diternak mati setiap hari sejak empat hari lepas. Ikan kerapu hibrid diternak untuk pasaran Kuala Lumpur, Johor dan Singapura boleh dijual pada harga RM60 sekilogram," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata ikan berkenaan sepatutnya boleh dipasarkan pada Februari tahun depan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Sementara itu, seorang penternak Wan Ahmad Taufik Wan Shukri, 24, berkata dia mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila sebilangan besar daripada 18,000 ekor ikan yang diternaknya mati.
"Sekarang hanya tinggal kira-kira 4,000 hingga 5,000 ekor ikan yang masih hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022

Kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan. - Sinar Harian
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

300 tukun tiruan dilabuhkan di Kelantan babit nilai RM5.86 juta
Jabatan Perikanan melabuhkan sebanyak 300 tukun tiruan konservasi dan rekreasi pelbagai jenis di perairan Kelantan dengan jumlah peruntukan dibelanjakan RM5.86 juta sejak 2007.

Banjir: Ikan kerapu hibrid mati, 32 penternak rugi lebih RM1 juta
Kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.

Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.

Kerapu kertang 100kg tewas lepas bertarung 45 minit
Ikan tersebut ditangkap kira-kira 45 batu nautika dari perairan Dungun pada Khamis.