DUNGUN: Seekor ikan kerapu kertang gergasi seberat hampir 100 kilogram tewas ditangan seorang nelayan dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun.
Bahiyuddin Awang Harun, 35, berkata ikan tersebut ditangkap kira-kira 45 batu nautika dari perairan Dungun pada Khamis.
Katanya ikan itu memasuki bubu gergasi yang dibinanya dan terpaksa mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengangkat bubu menggunakan mesin pengangkat berikutan beban ikan yang berat dan arus serta gelombang yang kuat.
Jelasnya usaha menaikkan ikan gergasi itu dilakukan bersama dua pekerjanya dan ini kali pertama dia berjaya menaikkan ikan kerapu gergasi tersebut.
Bahiyuddin berkata dia teruja dan tidak dapat menggambarkan perasaan gembiranya sepanjang 19 tahun menjadi nelayan.
Menurutnya, ikan tersebut sering diburu dan mendapat permintaan tinggi terutama pengusaha restoran makanan laut dengan harga sekitar RM35 hingga RM50 sekilogram.
Bapa kepada dua anak itu menghasilkan bubu sepanjang 244 sentimeter (cm) dan lebar 183cm menggunakan kayu sukai, rotan dan dawai pada November tahun lalu untuk memastikan hasil tangkapan lebih lumayan.
Nur Fazlizai Ali
Sat Feb 27 2021

Usaha menaikkan ikan gergasi itu dilakukan Bahiyuddin bersama dua pekerjanya. - Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

300 tukun tiruan dilabuhkan di Kelantan babit nilai RM5.86 juta
Jabatan Perikanan melabuhkan sebanyak 300 tukun tiruan konservasi dan rekreasi pelbagai jenis di perairan Kelantan dengan jumlah peruntukan dibelanjakan RM5.86 juta sejak 2007.

Banjir: Ikan kerapu hibrid mati, 32 penternak rugi lebih RM1 juta
Kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.

Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.

Kerapu kertang 100kg tewas lepas bertarung 45 minit
Ikan tersebut ditangkap kira-kira 45 batu nautika dari perairan Dungun pada Khamis.