MALAYSIA dilaporkan merupakan negara yang paling berjaya dalam menawan serangan pandemik COVID-19 dalam masa yang singkat.
Malah Malaysia mendahului negara-negara maju termasuk Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Perancis, Itali dan Jerman dalam mencegah wabak COVID-19.
Kejayaan Malaysia mendapat penghargaan daripada negara-negara luar serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Namun, Malaysia terpaksa berhati-hati terhadap gelombang kedua penularan virus COVID-19 pada masa-masa akan datang.
Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa penularan COVID-19 telah mengubah dan meruntuh keseluruhan sistem kehidupan rakyat.
Malah ia memberi impak yang besar kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah atau golongan B40.
Antara impak ketara yang perlu didepani pasca COVID-19 adalah kesan pandemik itu terhadap sistem sosial dan ekonomi negara yang meliputi sistem pekerjaan, pendidikan malah pergaulan sosial.
Dalam sektor sosial, rakyat perlu menerap normal baharu dalam sikap dan cara melaksanakan kerja-kerja harian mereka bersandarkan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Rakyat disaran mengubah tabiat mereka yang lazim dilakukan di tempat kerja, pergaulan malah beribadat supaya dapat mengelakkan daripada jangkitan dan penularan virus COVID-19.
Antara normal baharu yang disarankan di dalam SOP adalah penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka (face mask), mengelakkan perhimpunan ramai-ramai dan sebagainya.
Normal baharu ini akan menjadi budaya kehidupan rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Cabaran ekonomi
Dalam pada itu, rakyat dan negara juga dijangka berdepan pelbagai masalah dan cabaran dalam bidang ekonomi.
Memandangkan ekonomi Malaysia bersandarkan kepada orientasi eksport, maka kelembapan ekonomi global kesan COVID-19 akan memberi impak yang signifikan kepada prestasi ekonomi Malaysia.
Meskipun kerajaan menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (Prihatin) untuk membantu kelangsungan ekonomi negara serta kehidupan rakyat, para penganalisis ekonomi menjangka masalah pengangguran pasti akan timbul secara meluas di dalam negara akibat wabak COVID-19.
Meskipun kerajaan melancarkan Program Pengekalan Pekerja (ERP) untuk menjamin kelangsungan pekerjaan, media melaporkan lebih dua juta rakyat dijangka menghadapi masalah kehilangan kerja dalam negara.
Sehubungan itu, kadar pengangguran di Malaysia dijangka melonjak daripada 3.4 peratus pada masa kini kepada kadar yang lebih tinggi dalam sedikit masa lagi.
Pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor minyak dan gas, pelancongan termasuk perhotelan, penerbangan, lapangan terbang malah pekerja kilang, pekerja yang terlibat dalam perniagaan termasuk perniagaan pasar malam dan perniagaan runcit akan menghadapi masalah kehilangan kerja yang turut menimbulkan masalah kehilangan pendapatan untuk menyara kehidupan mereka dengan selesa (decent) seperti yang dinikmati sebelum COVID-19.
Sektor perkhidmatan dijangka terkesan pada era pasca COVID-19. Mengikut laporan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sektor perkhidmatan, selaku pemacu utama pertumbuhan ekonomi yang menyumbang sekitar 53.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disasarkan mencecah 58 peratus menjelang 2020, dijangka tersasar kerana impak COVID-19.
Tambahan pula, kejatuhan harga minyak dan komoditi dalam pasaran dunia dijangka menekan dan menyesakkan nafas ekonomi Malaysia sekali gus akan mengurangkan kuasa beli rakyat.
Menyedari masalah dan kesulitan yang rakyat akan hadapi, khususnya golongan pendapatan sederhana dan rendah, maka kerajaan telah menyediakan pakej rangsangan ekonomi termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BNP) untuk membantu peniaga serta rakyat dalam mengurangkan beban mereka menanggung perbelanjaan mengurus dan menyara kehidupan.
Hulur bantuan
Malah, Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) bersama badan-badan sukarelawan termasuk parti-parti politik giat menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang terdiri daripada B40 yang terkesan dan memerlukan bantuan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
MIC turut sama menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang terdiri daripada B40 yang memerlukan makanan di seluruh negara.
Malah, MIC di bawah kepimpinan Tan Sri Vigneswaran, melancarkan aplikasi MIC UTAVI (BANTUAN) www.utavi.com.my untuk mengumpul maklumat individu atau keluarga yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum dan agama malah fahaman politik supaya MIC bantuan makanan dapat diedarkan dengan segera dan teratur kepada mereka yang memerlukan.
Pelancaran aplikasi platform IT oleh MIC untuk permohonan bantuan makanan bagi golongan yang terkesan akibat COVID-19 merupakan julung kali dilancarkan dalam negara oleh sebuah parti politik.
Memandangkan kerajaan sedang menyediakan Rangka Belanjawan 2021, maka kerajaan perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan makanan terutamanya pembekalan makanan asas rakyat seperti beras, sayur-sayuran dan makanan laut.
Peruntukan bajet khas untuk menyokong, menggalak dan membantu golongan yang terlibat dalam sektor pertanian terutamanya petani dan nelayan perlu diberi perhatian khas supaya bekalan makanan yang dihasilkan mereka mencukupi untuk keperluan rakyat.
Pada masa yang sama, kerajaan perlu menggalakkan kerajaan negeri membuka kawasan pertanian baharu supaya bahan makanan dapat disediakan secukupnya untuk keperluan rakyat pada masa akan datang.
Sehubungan itu, rakyat terutamanya parti-parti politik harus mengelakkan sengketa bermotifkan kepentingan politik kepartian yang boleh mengundang krisis politik tidak berkesudahan dan tidak menguntungkan rakyat.
Mereka perlu bersatu dan menyokong usaha-usha kerajaan dalam mendepani cabaran era pasca COVID-19 demi kepentingan rakyat jelata seperti titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pembukaan rasmi penggal ketiga Parlimen ke-14 baru-baru ini.
Pemimpin-pemimpin politik sewajarnya mengutamakan usaha membina semula ekonomi negara daripada berbicara isu politik kepartian yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat pada era pasca COVID-19.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sat May 23 2020
Malaysia mendahului negara-negara maju termasuk Singapura, United Kingdom, AS, Perancis, Itali dan Jerman dalam mencegah wabak COVID-19.
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.