KUALA LUMPUR: Fenomena El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 4 Julai lepas, serta memberitahu bahawa fenomena tersebut terjadi apabila berlakunya pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik di sekitar Khatulistiwa melebihi 0.5 darjah Celcius berbanding nilai purata jangka panjang.
"Fenomena El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan. Pada awal 2024, fenomena El Nino dijangka akan memberikan kesan yang lebih ketara apabila intensitinya mencapai kemuncak dengan negara akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan," menurut MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan kesan daripada fenomena El Nino itu akan mengakibatkan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah hujan serta mampu menyebabkan keadaan jerebu merentas sempadan jika pembakaran hutan dan tanah gambut tidak terkawal.
Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta mengurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan.
MetMalaysia turut menyarankan orang ramai supaya peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat amaran cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.
"MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba sekiranya bacaan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
![El Nino dijangka meningkat hujung 2023 hingga awal 2024 - MetMalaysia El Nino dijangka meningkat hujung 2023 hingga awal 2024 - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/81459516875_EmpanganTimahTasoh.jpg)
Fenomena tersebut terjadi apabila berlakunya pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik di sekitar Khatulistiwa melebihi 0.5 darjah Celcius berbanding nilai purata jangka panjang. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721910804_TBHariPeladang.jpg)
Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB
Terengganu komited untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri kepada kira-kira 10 peratus tahun hadapan.
![Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717632129_Colombia.jpg)
Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia
Hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.
![Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716783148_tbstreetflooded.jpg)
Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.
![El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655709984_TBDURIAN.jpg)
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
![Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715352900_TBTAHIHOT.jpg)
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
![Banjir luar biasa landa Afrika Timur Banjir luar biasa landa Afrika Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714869440_TBfloodwaters.jpg)
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
![El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648559480_lembu.jpg)
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
![Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711339862_cuacapanas.jpg)
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
![Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
![Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376828_MohamadSabu.jpg)
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.