HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan kerajaan gagal memulihkan ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 kerana prestasi positif Malaysia bagi 2021 menunjukkan negara kini berada pada unjuran yang baik ke arah mencapai sasaran ditetapkan pada tahun ini.
Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan dan Bank Negara, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.1 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 5.6 peratus pada 2020.
"Ramai yang menganggap bahawa kita masih gagal untuk memulihkan ekonomi. Sebenarnya kita telah pun berjaya memulihkan ekonomi, dari segi jumlah pelaburan langsung asing (FDI) juga merekodkan peningkatan pada tahun 2021 iaitu melebihi RM50 bilion berbanding tahun 2020 sebanyak RM14.6 bilion.
"Indikator positif ini memberi gambaran bahawa negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi untuk mencapai unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 peratus sehingga 6.5 peratus bagi tahun 2022, selari dengan unjuran yang dibuat oleh IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia," katanya pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Vietnam.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan sentiasa prihatin menjaga kebajikan rakyat terutama dalam membantu pekerja industri pelancongan yang terkesan wabak itu.
"Apabila sekatan pergerakan di seluruh negara (dilaksanakan), waktu itu syarikat akan buang pekerja. Mereka tiada pendapatan namun kena bayar gaji pekerja, jadi kerajaan menghabiskan berbilion ringgit untuk subsidi upah gaji iaitu kerajaan bayar gaji pekerja supaya majikan tidak buang pekerja.
"Ini yang dilakukan oleh kerajaan untuk pastikan ada pendapatan oleh rakyat dan kita tidak membebankan rakyat dan majikan yang mungkin membuang pekerja mereka... sebab itu dari segi pengangguran, walau ada peningkatan kita cuba kawal," katanya.
Pada hari pertama lawatan rasmi itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan mesra dengan wakil pengurusan tertinggi beberapa konglomerat Vietnam termasuk yang berhasrat mengembangkan perniagaan ke Malaysia.
Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Vietnam Datuk Theng Bee Han turut hadir pada majlis itu dan membantu memperkenal wakil syarikat terbabit antaranya Naib Presiden Sovico Group Dr Dinh Viet Phuong, Pengerusi Hoa Binh Construction Le Viet Hai dan Pengarah Urusan GAMI Group Pham Hai Minh.
Sovico Group merupakan konglomerat swasta utama Vietnam yang terlibat dalam pelbagai industri termasuk memperkenal syarikat penerbangan tambang murah Vietjet Air manakala Hoa Binh Construction Group adalah syarikat pembinaan terkemuka dengan lebih 31,000 pekerja.
Gami Group pula terkenal dalam bidang hartanah, taman tema dan perdagangan termasuk mengimport kenderaan untuk pasaran di Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Perdana Menteri berkata berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan dan Bank Negara, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.1 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 5.6 peratus pada 2020. - Foto BERNAMA
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi akan pastikan semua maklumat sampai kepada rakyat - Fahmi
Lebih daripada 50 ikhtiar diumumkan dan di pihak kementeriannya, beliau memberi jaminan semua inisiatif itu akan disampaikan kepada rakyat.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Belanjawan 2025: Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.
Sidang Dewan Rakyat tangguh 30 minit, Ahli Parlimen 'sangkut' dalam banjir
Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi pada Selasa terpaksa ditangguhkan setengah jam disebabkan hujan lebat dan banjir sekitar ibu negara.
Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.
Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.
[KOLUMNIS] Isu bahasa: Kritikan perlu berasas
Kritikan terhadap ucapan Anwar dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) 2024 ini sebenarnya adalah tidak perlu.
FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
FAM akan mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.
Pakistan jadi pintu masuk Malaysia teroka pasaran Asia Tengah
Malaysia perlu meneroka peluang untuk menjadikan Pakistan sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Tengah terutama membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan.
Pakistan naik taraf lawatan kerja PM Anwar kepada Lawatan Negara
Kerajaan Pakistan menaik taraf status lawatan kerja Perdana Menteri Anwar kepada Lawatan Negara, menandakan persahabatan yang akrab antara kedua-dua negara.