PUTRAJAYA: Kerajaan terus mempertingkatkan usaha memperkenalkan teknologi hidrogen hijau di Malaysia bagi memastikan sasaran pendapatan RM12 bilion menjelang tahun 2030 menerusi ekonomi hidrogen tercapai.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata fokus utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
"Sasaran sekarang adalah...kita perlu cipta 'demand side' dan 'supply side' sebab ini adalah satu ekosistem baharu.
"Kita perlu tingkatkan dari segi permintaan, penggunaan dan juga dari segi penjanaan 'green hydrogen'.
"Selain itu, kita dapat meraih manfaat daripada pendapatan ekonomi hidrogen sekitar RM12 bilion menjelang 2030," katanya pada sidang media selepas majlis demonstrasi penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit (MHRU) dan kenderaan berkuasa hidrogen (Toyota Mirai) di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis tersebut.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata pelaksanaan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) bakal meletakkan Malaysia pada kedudukan yang sangat menguntungkan dalam pasaran global hidrogen hijau yang diunjur mencecah US$189.19 bilion menjelang 2050.
Pelaksanaan HETR dijangka menjana pendapatan sehingga RM12.1 bilion dengan jangkaan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara RM49 bilion dan RM61 bilion menjelang 2030, katanya.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Anwar meluangkan masa menyaksikan demonstrasi penggunaan MHRU dan menaiki kenderaan berkuasa hidrogen jenis Toyota Mirai dari MOSTI ke Pejabat Perdana Menteri di sini.
MHRU merupakan teknologi pengisian semula hidrogen ke dalam kenderaan dengan hidrogen menggantikan bahan api fosil. MHRU juga bersifat mudah-alih yang membolehkannya dipindahkan ke lokasi yang berbeza mengikut keperluan semasa.
Kenderaan Toyota Mirai adalah kenderaan jenis elektrik sel bahan api (Fuel Cell Electric Vehicle - FCEV) yang menjana elektrik menggunakan hidrogen untuk pemacuan kenderaan, menggunakan air sebagai hasil sampingan tanpa sebarang pelepasan karbon.
Chang berkata MHRU akan dilancarkan di Putrajaya pada akhir tahun ini sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan masyarakat mengenai teknologi hidrogen.
"Penggunaan hidrogen adalah sangat penting kerana ia akan membantu menghasilkan tenaga yang lebih bersih," katanya.
Mengenai kenderaan hidrogen, beliau memberitahu ia mempunyai beberapa kekuatan utama antaranya dari segi pengisian, jarak perjalanan dan berat kenderaan itu.
"Masa pengisian (kenderaan hidrogen) adalah pendek antara tiga hingga lima minit sahaja untuk satu pengisian penuh.
"Jarak (perjalanan) pula lebih jauh 700 hingga 1,000 kilometer untuk sekali pengisian dan berat kenderaan ini adalah lebih ringan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Chang (foto) berkata MHRU akan dilancarkan di Putrajaya pada akhir tahun ini sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan masyarakat mengenai teknologi hidrogen. -Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.

MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.

Malaysia Techlympics pupuk minat STEM - Chang
Penganjuran Malaysia Techlympics menjadi antara kaedah dalam memupuk minat murid dan pelajar sekolah kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

MOSTI komited laksana pelbagai inisiatif pembudayaan STI - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif pembudayaan dan jangkauan sains.

AIGE persediaan laksana undang-undang AI - Lih Kang
Lih Kang menyatakan bahawa AIGE adalah dokumen hidup yang boleh berubah mengikut kesesuaian masa.

Tujuh prinsip tangani cabaran penyalahgunaan AI - Lih Kang
Penyalahgunaan kecerdasan buatan menimbulkan pelbagai cabaran termasuk etika, privasi dan keselamatan dan memerlukan pengawasan lebih ketat di peringkat nasional dan antarabangsa.