KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan sumbangan ekonomi digital negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melonjak kepada 25.5 peratus menjelang 2025 berbanding 23.2 peratus ketika ini.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, pertumbuhan itu juga mampu membuka sehingga 500,000 peluang pekerjaan baharu yang secara tidak langsung membuka peluang kepada bakat digital tempatan.
Menurutnya, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan untuk melatih 30,000 usahawan mikro, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam Program eUsahawan tahun ini, dengan sasaran jualan sebanyak RM35 juta.
"Sejak diwujudkan pada 2015, seramai 563,543 usahawan di seluruh negara telah dilatih melalui program itu dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion.
"Antara tiga sektor utama yang menyumbang kepada jualan terkumpul adalah sektor makanan dan minuman sebanyak 40 peratus, kecantikan dan kesihatan iaitu 25 peratus, serta gaya hidup dan pakaian sebanyak 15 peratus," katanya ketika berucap merasmikan Karnival eUsahawan dan Gig 2024 anjuran MDEC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Gobind yang juga Ahli Parlimen Damansara itu berkata, pada tahun ini, 100 hab baharu akan diwujudkan di lokasi strategik seperti universiti serta pusat komuniti bagi membolehkan usahawan tempatan mendapat pendedahan mengenai teknik pemasaran digital.
Bagi program Global Online Workforce (GLOW) pula, beliau berkata MDEC menyasarkan untuk melatih seramai 5,000 pelajar IPT dengan menyediakan kemahiran digital untuk mendapatkan peluang pekerjaan bernilai tinggi di platform pekerjaan gig serantau.
Menerusi program GLOW, Gobind berkata MDEC telah membantu seramai 105,390 peserta dan menjana pendapatan sehingga RM282.76 juta sehingga akhir tahun lepas.
Sementara itu ketika ditanya mengenai penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia, beliau berkata pihaknya akan membawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia untuk diputuskan dalam Kabinet.
Jelasnya, ekonomi digital merupakan sektor penting untuk dikaji dan diteliti bagi mewujudkan satu mekanisme atau landskap bagi mengukuhkan sektor itu.
Umavathi Ramayah
Tue Feb 20 2024

Gobind Singh Deo berkata, MDEC menyasarkan untuk melatih 30,000 usahawan mikro, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam Program eUsahawan tahun ini. - Foto Kementerian Digital

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.