BALIK PULAU: Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas di sini dalam kejadian pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada Rabu susulan laporan polis dibuat oleh mangsa yang merupakan seorang penghantar makanan.
"Lelaki berusia 28 tahun itu membuat laporan polis pada Rabu dan memaklumkan dia menghubungi ejen tersebut kerana mahu membatalkan polisi insurans berikutan tidak mampu untuk membayar serta tidak lagi berminat untuk meneruskannya.
"Ejen itu mengugut untuk membunuh mangsa jika dia membatalkan polisi insurans tersebut dan suspek juga memaklumkan akan membayar polisi insurans lelaki itu bagi tempoh tiga bulan supaya cukup tempoh satu tahun melanggan polisi insurans berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kamarul Rizal berkata suspek turut mengugut mangsa sekiranya mendapat tahu lelaki itu ke pejabatnya untuk membatalkan insurans.
Menurutnya, ejen insurans itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada Rabu susulan laporan polis dibuat oleh mangsa yang merupakan seorang penghantar makanan. - Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Jun 2024.

'Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat pampasan
Kegiatan sindiket 'ejen insurans' yang menggunakan taktik kejam membunuh pencarum bagi menuntut pampasan insurans nyawa di Johor terbongkar.

Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan
Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas.

Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.

Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.

Simpanan RM3.83 juta lesap dijerat 'scammer'
Mangsa berusia 70 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans sekitar November 2022.

Ejen insurans didakwa rogol wanita di hotel
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 19 tahun di sebuah bilik hotel.

Dua penganggur, seorang ejen insurans hidup mewah hasil dadah akhirnya ditahan
Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan di sebuah apartment di Jelutong, dan sebuah kondominium di Lebuh Gat, hasil maklumat dan risikan.

Ejen insurans rugi kira-kira RM100,000 rumah dipecah masuk di Ipoh
Wanita berusia 39 tahun itu sedar rumahnya dipecah masuk selepas pulang daripada bercuti petang semalam.