IPOH: Seorang ejen insurans mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila kediamannya di Bandar Baru Tambun di sini dipecah masuk.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman berkata mangsa seorang wanita berusia 39 tahun menyedari rumahnya dipecah masuk selepas pulang daripada bercuti petang semalam.
"Mangsa bersama ibu serta adik perempuan dan anaknya meninggalkan rumah dalam keadaan baik dan berkunci kira-kira 12.30 tengah hari Selasa lepas.
"Bagaimanapun, semasa mangsa pulang ke rumahnya kira-kira 5 petang semalam mendapati pintu gelangsar dan jeriji dalam keadaan terbuka dan mempunyai kesan umpil serta kunci mangga juga telah dirosakkan di pintu tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Anuar berkata antara barangan yang hilang ialah cincin berlian, anting-anting berlian, jam tangan berjenama Rolex, wang tunai mata wang asing serta pasport antarabangsa milik pengadu dan anaknya dianggarkan kerugian bernilai RM100,500.
Beliau berkata hasil pemeriksaan pasukan forensik polis menemukan sembilan kesan cap jari dan rumah mangsa tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu siasatan.
"Cap jari yang diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk tujuan perbandingan dan asid deoksiribonukleik (DNA)," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Hasil pemeriksaan pasukan forensik polis di rumah yang dipecah masuk itu menemukan sembilan kesan cap jari.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Jun 2024.

'Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat pampasan
Kegiatan sindiket 'ejen insurans' yang menggunakan taktik kejam membunuh pencarum bagi menuntut pampasan insurans nyawa di Johor terbongkar.

Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan
Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas.

Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.

Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.

Simpanan RM3.83 juta lesap dijerat 'scammer'
Mangsa berusia 70 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans sekitar November 2022.

Ejen insurans didakwa rogol wanita di hotel
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 19 tahun di sebuah bilik hotel.

Dua penganggur, seorang ejen insurans hidup mewah hasil dadah akhirnya ditahan
Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan di sebuah apartment di Jelutong, dan sebuah kondominium di Lebuh Gat, hasil maklumat dan risikan.

Ejen insurans rugi kira-kira RM100,000 rumah dipecah masuk di Ipoh
Wanita berusia 39 tahun itu sedar rumahnya dipecah masuk selepas pulang daripada bercuti petang semalam.