KUANTAN: Sebuah kilang sawit yang terlibat dalam insiden pencemaran Sungai Pukin, Rompin Julai tahun lalu didenda RM70,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, pada Jumaat atas kesalahan di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataannya berkata, kilang terbabit telah menyebabkan pencemaran alur air yang mengalir ke Sungai Pukin hingga Sungai Keratong dengan efluen industri yang berkemungkinan boleh membahayakan nyawa penduduk.
Menurut kenyataan itu, insiden pencemaran sungai berkenaan berpunca dari kebocoran tebing pada kolam takungan efluen industri di kilang sawit tersebut.
“Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pada 6 Julai tahun lalu menerima laporan tentang berlakunya pengaliran masuk efluen industri ke alur air sungai berkenaan.
“Berikutan insiden tersebut, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Keratong terpaksa dihenti tugas selama sembilan hari bermula 7 hingga 16 Julai 2021 berikutan sumber air mentahnya berminyak dan berbau,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
SPAN berkata, keputusan analisis makmal menunjukkan kandungan sumber air mentah itu mengandungi kandungan ammoniacal nitrogen, nitrate nitrogen dan merkuri melebihi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kejadian itu mengakibatkan berlakunya gangguan bekalan air melibatkan 11,500 akaun pengguna di sekitar kawasan tersebut,” katanya.
Jelasnya, mana-mana pihak didapati bersalah di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 boleh dihukum di bawah Seksyen 121(2)(c) akta sama dengan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
“Kes pendakwaan SPAN ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan penggiat industri air dan orang awam tentang tanggungjawab untuk mematuhi peruntukkan-peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan perundangan subsidiari di bawah akta tersebut,” jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 18 2022
![Efluen bocor cemari alur air, kilang sawit didenda RM70,000 Efluen bocor cemari alur air, kilang sawit didenda RM70,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640611125_courtgavelmahkam.jpg)
Sebuah kilang sawit yang terlibat dalam insiden pencemaran Sungai Pukin, Rompin Julai tahun lalu didenda RM70,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan atas kesalahan di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). -Gambar hiasan
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![MSPO disaran tumpu aspek beri nilai tambah kepada industri sawit negara MSPO disaran tumpu aspek beri nilai tambah kepada industri sawit negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709719574_DialogNaibPresiden.jpg)
MSPO disaran tumpu aspek beri nilai tambah kepada industri sawit negara
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) disarankan memberikan perhatian kepada tiga perkara untuk memastikannya dapat teru
![Pekerja lelaki maut selepas terjatuh dalam mesin Pekerja lelaki maut selepas terjatuh dalam mesin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667281346_Pekerjalelakimaut.jpg)
Pekerja lelaki maut selepas terjatuh dalam mesin
Mangsa terjatuh ke dalam mesin fuel conveyor yang pada ketinggian 4.57 meter.
![Unit Kulim ambil alih pengurusan ladang sawit Southern Catalyst Unit Kulim ambil alih pengurusan ladang sawit Southern Catalyst](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630490790_KulimMalaysia.jpg)
Unit Kulim ambil alih pengurusan ladang sawit Southern Catalyst
Perjanjian itu adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui setiap tahun.
![Efluen bocor cemari alur air, kilang sawit didenda RM70,000 Efluen bocor cemari alur air, kilang sawit didenda RM70,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640611125_courtgavelmahkam.jpg)
Efluen bocor cemari alur air, kilang sawit didenda RM70,000
Insiden pencemaran sungai berkenaan berpunca dari kebocoran tebing pada kolam takungan efluen industri di kilang sawit tersebut.
![FGV minta Felda hentikan siaran media FGV minta Felda hentikan siaran media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603177629_fgvfelda.jpg)
FGV minta Felda hentikan siaran media
Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menulis surat kepada Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kepadanya bahawa notis untuk menamatkan LLA itu masih tidak diterima setakat Isnin.
![Felda akan ambil tanah dan beli kilang dari FGV Felda akan ambil tanah dan beli kilang dari FGV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/71493040413_AbdulWahidOmar.jpg)
Felda akan ambil tanah dan beli kilang dari FGV
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Felda Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, rundingan bersama FGV tidak dimulakan lebih awal kerana menanti kelulusan kerajaan.
![COVID-19: Kerajaan beri kelonggaran sektor perladangan dan komoditi COVID-19: Kerajaan beri kelonggaran sektor perladangan dan komoditi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584589354_MenteriPerusahaanP.jpg)
COVID-19: Kerajaan beri kelonggaran sektor perladangan dan komoditi
Kerajaan hari ini memberi kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi untuk membenarkan penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil.
![FGV sahkan pegawai kanan ditahan SPRM FGV sahkan pegawai kanan ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81551582467_DATOHARISFADZILAH.jpg)
FGV sahkan pegawai kanan ditahan SPRM
Haris Fadzilah berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam hal ini dan sedia menghulurkan segala bantuan yang diperlukan.