PUTRAJAYA: Jajaran Utara projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Mentakab ke Pelabuhan Klang yang kembali ke jajaran asal cadangannya, tidak akan merentasi kawasan Permatang Kuartza Gombak dan Empangan Batu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ini kerana Jajaran Utara direka untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Beliau berkata oleh itu, Kementerian Pengangkutan akan memastikan projek ECRL tidak akan menjejaskan Permatang Kuartza Gombak yang sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Wee berkata reka bentuk laluan rel yang dicadangkan untuk bahagian jajaran itu adalah laluan bertingkat yang akan menyusuri jalan sedia ada yang merentasi permatang tersebut.
"Pendek kata, laluan ECRL akan dapat mengelak dari Permatang Kuartza Gombak serta tidak akan menjejaskan zon perlindungannya," katanya dalam sidang media mengenai ECRL di sini hari ini.
Beliau berkata Jajaran Utara juga tidak akan menceroboh kawasan tadahan air seperti Empangan Batu iaitu antara empangan yang membekalkan air kepada penduduk Selangor dan Lembah Klang serta mengelak kawasan berpenduduk padat di daerah Gombak.
Katanya walaupun terdapat tujuh hutan simpan antaranya Ulu Gombak, Templer, Serendah dan Rantau Panjang yang mungkin dilalui Jajaran Utara, beberapa terowong sepanjang 15.22 kilometer (km) akan dibina untuk mengurangkan penebangan hutan simpan.
Wee berkata Jajaran Utara dijangka melintasi tiga kawasan tadahan air di antara Mentakab dan Pelabuhan Klang manakala Jajaran Selatan dijangka melintasi sekurang-kurangnya empat kawasan tadahan air.
"Impak sosial Jajaran Utara juga tidak sebesar Jajaran Selatan. Contoh di bawah Akta Pengambilan Tanah, Jajaran Utara dijangka melibatkan 4,302 lot berbanding Jajaran Selatan iaitu 6,038 lot," katanya.
Beliau berkata semakin kurang jumlah tanah diambil bermakna semakin kurang pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada pemilik tanah kerana kebanyakannya melibatkan tanah dan trek Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Wee berkata secara amnya, Jajaran Utara mungkin memberi kesan kepada 11 kawasan perumahan di sepanjang 201 km Jajaran Utara berbanding 19 kawasan perumahan di Jajaran Selatan.
"Dari aspek keterlibatan Orang Asli, ia memihak kepada Jajaran Utara kerana hanya dua kebarangkalian kawasan Orang Asli mengalami kesan berbanding tujuh kawasan di Jajaran Selatan," katanya.
Beliau berkata berhubung isu penglibatan Tanah Rizab Melayu pula, Jajaran Utara menjejaskan dua kawasan iaitu di Gombak dan Rantau Panjang manakala Jajaran Selatan akan menjejaskan sekurang-kurangnya tiga kawasan iaitu di Beranang, Jenderam serta Dengkil.
Ditanya sama ada negara mampu menanggung kos pembinaan ECRL ketika ini, Wee berkata projek itu dibiayai pinjaman mudah daripada China melalui Export-Import Bank of China (EXIM) sebanyak 85 peratus manakala selebihnya melalui penerbitan sukuk.
"Hanya RM2.5 bilion dibiayai kerajaan dan sudah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dalam tempoh enam tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Wee berkata ini kerana Jajaran Utara direka untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.

Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.

KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini
Tambang sehala adalah RM45, dengan perhentian di stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.