Rakyat Malaysia dinasihat supaya mengelak daripada melakukan lawatan ke negara Afrika yang dilanda wabak Ebola, khususnya Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia.
Wisma Putra menerusi satu kenyataan juga meminta rakyat Malaysia agar berhati-hati apabila membuat perjalanan ke wilayah lain di Afrika.
"Kepada mereka yang terpaksa melakukan perjalanan ke negara-negara dilanda Ebola, adalah dinasihatkan supaya mengikut nasihat serta panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengurangkan risiko jangkitan," menurut kenyataan itu.
Rakyat negara ini yang menghadapi sebarang kecemasan ketika berada di negara-negara terjejas dengan Ebola boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Republik Guinea menerusi talian 00224622354050 dan 00224622667879 atau emel mwconakry@kln.gov.my.
Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.
Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian.
Bernama
Wed Aug 13 2014

Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia disenaraikan sebagai negara yang dilanda wabak Ebola - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.

Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.

Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung, kata Ketua Pegawai Perubatan negara berkenaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan.

WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet
Sehingga kini, 1,600 kes cacar monyet direkodkan di 39 negara dengan 72 kematian.

Congo umum berakhirnya wabak Ebola yang meragut 6 nyawa
Wabak itu berjaya dibendung menggunakan vaksin Ebola Merck (MRK.N) yang diberikan kepada lebih 1,600 pesakit dan kontak rapat.

Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016
Insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu pernah meragut 11,300 nyawa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Februari 2021.

Congo umum penularan semula jangkitan Ebola
Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.

COVID-19: Afrika berdepan gelombang kedua
Sejak 28 hari lalu, kes dilaporkan meningkat di 19 negara di rantau berkenaan, termasuk Ghana, Kenya, Angola dan Algeria.

COVID-19: WHO tidak akan syor sebarang vaksin sebelum terbukti selamat
Kenyataan menyusul perkembangan terbaharu di mana Rusia dan China mula menggunakan vaksin sebelum kajian jangka panjang selesai.