Perkara itu dinyatakan pendakwah itu menerusi satu kemas kini di laman Facebook pada Isnin.
"Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.
"Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," tulis Ebit yang cukup popular dengan keprihatinannya terhadap orang yang memerlukan menerusi hantaran terbaharu menerusi Facebooknya itu.
Sumber Facebook ebitlewofficialpage
Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM200,000 kepada pendakwah terkenal itu di Istana Bukit Pelangi di Johor Bahru.
BACA: TMJ sumbang RM200,000 pada Ebit Lew, pelawa lakukan umrah bersama
Dalam pertemuan itu juga, Tunku Mahkota Johor turut menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk di Johor.
Jelas Tunku Ismail juga, Ebit sering menolong rakyat terutamanya mereka dari golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.