Calon DAP untuk parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipergunakan oleh partinya.
Dyana mengulas kenyataan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengatakan dia ‘amat kesian’ kepada peguam berusia 27 tahun itu yang sanggup ‘membiarkan dirinya diperalatkan oleh DAP’.
"Saya gembira kerana memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011. "
"Kerana jika saya memilih UMNO dan bersama Shahrizat, saya tidak akan berada di kedudukan saya hari ini, mensasarkan harapan ke Parlimen – menjadi wakil kepada pengundi di Teluk Intan dan sekiranya diberi mandat, menjadi Ahli Parlimen paling muda di Parlimen,” beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.
Dyana berkata pencalonannya tidak harus diperkecilkan. Sebaliknya, ia harus dipuji kerana ia melambangkan satu kejayaan untuk wanita muda dalam politik.
"Kenyataan Shahrizat bahawa pencalonan saya hanya satu ‘persembahan’ oleh DAP menunjukkan kegagalan Wanita UMNO sendiri dalam menggalakkan ahlinya untuk meneraju jawatan kepimpinan dalam parti dan kerajaan."
Dyana menambah bahawa sikap negatif kepimpinan wanita Barisan Nasional (BN) adalah antara sebab wanita kurang diberi peluang untuk memimpin negara.
Pengumuman Dyana sebagai calon DAP mencetuskan perbualan hangat kerana beliau seorang wanita Melayu muda tetapi bertanding di kerusi yang secara tradisinya diwakili calon berbangsa Cina.
Di samping itu, ibunya Yammy Samat merupakan ahli UMNO sejak berusia 18 tahun dan telah lama aktif berpolitik di bahagian Wanita UMNO Perak.
Dyana, yang berasal dari Ipoh, merupakan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.
Beliau diumumkan sebagai calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei depan.
Dyana bakal berdepan cabaran Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, yang pernah memenangi kerusi tersebut selama dua penggal.
Sekiranya menang, Dyana Sofya akan jadi ahli parlimen Melayu ketiga DAP dalam penggal Parlimen ini selepas Zairil Khir Johari (Bayan Baru) dan Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub).
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 setahun yang lalu, calon DAP, Seah Leong Peng mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.
Seah meninggal dunia pada pada 1 Mei lalu.
Cynthia Ng
Sun May 18 2014
Calon DAP untuk parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Akta keharmonian nasional perlu pertahan lima perkara asas perlembagaan- Shahrizat
Pergerakan Wanita Umno menggesa kerajaan meneliti secara terperinci Akta Keharmonian Nasional.
Dyana Sofya nafi diperalat DAP, tempelak kenyataan Shahrizat
Calon DAP untuk parlimen Teluk Intan menafikan dakwaan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat bahawa dia telah 'diperalatkan' oleh partinya.
Kebajikan anak-anak Pengarah Pelancongan di Stockholm perlu diutamakan - Shahrizat
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan memantau kes menahanan Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden
Shahrizat nafi dakwaan dua pencabarnya
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan pencabarnya Datuk Maznah Mazlan bahawa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia diperlekehkan dan tidak mempunyai imej yang baik.
Sms palsu fitnah calon BN - Shahrizat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan pembangkang menyebarkan sms palsu memfitnah calon BN boleh menjejaskan kredibiliti seseorang calon itu.
Pasukan Petugas Khas Wanita akan diwujudkan
Wanita BN akan mewujudkan sebuah pasukan petugas khas wanita bermula 2 Januari bagi memantau pelaksanaan polisi 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.
Wanita Umno akan terus perjuang isu Taska
Wanita Umno akan terus memperjuangkan penubuhan taska di jabatan kerajaan serta GLC di Malaysia.