Pergerakan Wanita Umno pada Isnin menggesa kerajaan meneliti secara terperinci Akta Keharmonian Nasional bagi memastikan akta itu terus mempertahankan lima perkara asas perlembagaan.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata asas-asas itu ialah mengenai kedudukan Institusi Raja-Raja, agama Islam sebagai agama persekutuan, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta keselamatan negara.
Katanya, bagi pergerakan Wanita Umno, nama sesuatu akta bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah kandungan dalam akta itu perlu memelihara perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Saya mewakili kira-kira 1.3 juta anggota pergerakan di seluruh negara berpendirian tegas mengenai perkara tersebut. Bagi saya tindakan yang kukuh lebih penting daripada nama.
"Ini bukanlah retorik politik tetapi apa yang penting pengisian akta yang akan menentukan masa depan negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di sini.
Shahrizat berkata, Wanita Umno bimbang dengan perlakuan sesetengah pihak yang mempersoal dan mencabar kedudukan serta kedaulatan institusi diraja di negara ini.
"Jika perkara ini dibiarkan ia akan menggugat keharmonian dan keselamatan negara. Oleh yang demikian Wanita Umno mendesak agar Akta Harmoni yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikaji dan diteliti dengan memastikan keutamaan diberikan kepada mempertahankan lima asas tersebut,"katanya.
Pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam, Perdana Menteri berkata keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, terbuka tetapi dalam keadaan terkawal supaya negara terus harmoni.
Najib berkata kerajaan tidak akan melakukan sesuatu langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.
Bernama
Mon Sep 08 2014
![Akta keharmonian nasional perlu pertahan lima perkara asas perlembagaan- Shahrizat Akta keharmonian nasional perlu pertahan lima perkara asas perlembagaan- Shahrizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41385455455_295x200.jpg)
Wanita Umno bimbang dengan perlakuan sesetengah pihak yang mempersoal dan mencabar kedudukan serta kedaulatan institusi diraja.
Consider This: Parliamentary Reform (Part 1) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Thomas Fann, Founding Member of Projek SAMA, and former chairperson of BERSIH.
AWANI Tonight: Govt to revoke Ramadan bazaar licences if traders sell them
The government is cracking down on the illegal sale of Ramadan bazaar licences, warning that violators will face immediate revocation.
AWANI Tonight: Trump to announce 25% steel, aluminium tariffs
U.S. President Donald Trump will impose 25% tariffs on all steel and aluminium imports, while warning of retaliatory tariffs on countries that impose duties on American goods. Donald Trump, steel, aluminium, tariff
Consider This: Parliamentary Reform (Part 2) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Maha Balakrishnan is a Parliamentary and Institutional Development Specialist and Member of the All-Party Parliamentary Group on Integrity, Governance & Anti-Corruption.
![KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712385465_SaharuddinMohdKia.jpg)
KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.
![Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194805_TBabangadik.jpg)
Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.
![Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.
AWANI Ringkas: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729841090_Explosion.jpg)
Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.
![Pinda Akta Hasutan, beri ruang luahan pendapat membina Pinda Akta Hasutan, beri ruang luahan pendapat membina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542351817_CourtGavel.jpg)
Pinda Akta Hasutan, beri ruang luahan pendapat membina
Kebebasan untuk seseorang itu bersuara serta meluahkan pendapat juga penting bagi kemajuan sesebuah masyarakat dan negara.
![Elemen Akta Hasutan tetap dikekalkan dalam akta baharu - Ahmad Zahid Elemen Akta Hasutan tetap dikekalkan dalam akta baharu - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373535087_295x200.jpg)
Elemen Akta Hasutan tetap dikekalkan dalam akta baharu - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya terdapat akta baharu menggantikan Akta Hasutan 1948 nanti, elemen-elemen tertentu yang termaktub di dalam Akta Hasutan tetap dikekalkan.
![Pertuduhan terhadap Azmi Sharom sekat kebebasan akademik - Saifuddin Pertuduhan terhadap Azmi Sharom sekat kebebasan akademik - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61360735554_295x200.jpg)
Pertuduhan terhadap Azmi Sharom sekat kebebasan akademik - Saifuddin
Caj hasutan terhadap profesor madya undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom menyekat kebebasan akademik, kata Datuk Saifuddin Abdullah.
![Akta Keharmonian Nasional ganti Akta Hasutan 1948 Akta Keharmonian Nasional ganti Akta Hasutan 1948](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371537855_295x200.jpg)
Akta Keharmonian Nasional ganti Akta Hasutan 1948
Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, tidak akan menjejaskan kuasa kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Akta Keharmonian Nasional kekal elemen asas Akta Keharmonian Nasional kekal elemen asas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373535087_295x200.jpg)
Akta Keharmonian Nasional kekal elemen asas
Akta Keharmonian Nasional akan digubal menggantikan Akta Hasutan demi memastikan kestabilan politik dan keharmonian negara.