KUALA LUMPUR: Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hangat selepas Pulau Pinang dan Terengganu, hari ini masing-masing mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan esok.
Kelantan menjadi negeri pertama dibubarkan pada 22 Jun, diikuti Selangor sehari selepas itu, tiga DUN akan dibubarkan esok iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah, manakala Negeri Sembilan negeri tunggal yang masih belum mengumumkan pembubaran secara rasmi.
Pembubaran 40 kerusi DUN Pulau Pinang seperti diumumkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow pagi ini, dibuat 35 hari lebih awal berbanding mandat lima tahun yang sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.
Kedudukan terkini kerusi DUN Pulau Pinang sehingga pengumuman pembubaran ialah Pakatan Harapan (PH) memiliki 33 kerusi, Barisan Nasional (BN) (dua), Bersatu (empat) dan Pas satu kerusi.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengumumkan pembubaran 32 kerusi DUN berkuat kuasa esok, dua hari lebih awal daripada tempoh mandat 30 Jun (Jumaat) ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pas kembali merampas pemerintahan negeri daripada BN, selepas berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi.
Dalam pada itu, pembubaran DUN Kedah esok dengan 36 kerusi dibuat lebih awal daripada mandat lima tahun yang sepatutnya berakhir pada 4 Julai ini.
Komposisi DUN Kedah diterajui Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sehingga pembubaran DUN menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menguasai 20 kerusi terdiri daripada Pas (14) dan Bersatu (enam), manakala PH (10) manakala BN dan Pejuang masing-masing dua kerusi.
Dua lagi kerusi kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun dari PKR Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas, selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, sementara ADUN Belantek dari Pas Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lepas.
Kelantan menjadi negeri terawal membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lalu, yang menyaksikan ia dilakukan enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandat yang akan berakhir esok.
Pada PRU14, Pas yang memerintah Kelantan sejak 1990, mengekalkan pentadbiran setelah memenangi 37 daripada 45 kerusi DUN, sementara BN memperoleh lapan.
Bagaimanapun, ADUN Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO pada 18 Sept 2018, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Okt tahun yang sama.
Sehari selepas Kelantan, DUN Selangor dibubarkan secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat, selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Jun lalu.
Komposisi DUN Selangor sehingga pembubaran terdiri PH (51), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala Pas, Pejuang, Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi, sementara satu kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
Kini, hanya Negeri Sembilan yang belum mengumumkan secara rasmi tarikh pembubaran DUN, namun Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada 7 Jun lalu berkata pembubaran akan dibuat pada 30 Jun, iaitu hari terakhir tempoh mandat lima tahun.
Beliau dijadual menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir esok, bagi mendapat perkenan pembubaran 36 kerusi DUN terdiri daripada PH (20) manakala BN (16).
Tumpuan kini pastinya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
![DUN tiga negeri bubar esok, N. Sembilan negeri tunggal masih belum umum DUN tiga negeri bubar esok, N. Sembilan negeri tunggal masih belum umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687872539_PRN.jpg)
Tumpuan kini pastinya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![SPR terima watikah pembubaran DUN Kedah SPR terima watikah pembubaran DUN Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687934434_MohamadAzleeAhmad.jpg)
SPR terima watikah pembubaran DUN Kedah
Watikah itu diterima Pengarah SPR Kedah Aldrina@Mimi O.P. Andu yang diserahkan Setiausaha DUN Kedah Mohamad Azlee Ahmad di Wisma Darul Aman.
![DUN tiga negeri bubar esok, N. Sembilan negeri tunggal masih belum umum DUN tiga negeri bubar esok, N. Sembilan negeri tunggal masih belum umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687872539_PRN.jpg)
DUN tiga negeri bubar esok, N. Sembilan negeri tunggal masih belum umum
Tiga DUN akan dibubarkan esok iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah.
![PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap TYT mohon perkenan bubar DUN Pulau Pinang PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap TYT mohon perkenan bubar DUN Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687827635_Dun.jpg)
PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap TYT mohon perkenan bubar DUN Pulau Pinang
Kenderaan rasmi membawa Kon Yeow tiba di pintu utama Sri Mutiara tersebut pada jam 7.53 pagi.
![PRN Melaka: Pengumuman besar SPR Isnin ini? PRN Melaka: Pengumuman besar SPR Isnin ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606448328_AbdulGhaniSalleh.jpg)
PRN Melaka: Pengumuman besar SPR Isnin ini?
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dijangka mengadakan satu mesyuarat khas berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Isnin depan.