ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang diserahkan Pejabat DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah.
Watikah itu diterima Pengarah SPR Kedah Aldrina@Mimi O.P. Andu yang diserahkan Setiausaha DUN Kedah Mohamad Azlee Ahmad di Wisma Darul Aman, di sini.
DUN Kedah penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini selaras dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad lepas, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Terdahulu turut diadakan majlis penyerahan kenderaan rasmi exco Kedah yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Norizan Khazali.
Muhammad Sanusi ketika ditemui selepas majlis itu berkata penyerahan kenderaan rasmi oleh exco kerajaan negeri itu bagi mengelak pemimpin berkenaan dituduh menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk program politik parti.
"Saya yakin semua ahli exco ada kereta masing-masing termasuk saya, kereta peribadi, walaupun selepas ini kita akan menjalankan lagi tanggungjawab exco, datang mesyuarat, pergi program, kita semua naik kereta sendiri, itu lebih baik, saya rasa selamat daripada (tuduhan)," katanya.
Muhammad Sanusi berkata mulai hari ini, kerajaan interim atau 'caretaker government' akan menguruskan kerajaan negeri berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Kedah.
"Perubahan tak banyak, hanya tinggal dasar-dasar baharu yang libatkan kewangan tidak boleh dibuat, mesyuarat exco masih berjalan untuk putuskan beberapa perkara penting dan rutin kerajaan, itu masih boleh dilaksanakan," katanya.
Kedah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Negeri ini mempunyai 36 kerusi dengan kedudukan kerusi DUN Kedah sebelum pembubaran menyaksikan Perikatan Nasional memiliki 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6); Pakatan Harapan menguasai 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); Barisan Nasional menang dua kerusi (UMNO-2) dan Parti Pejuang Tanah Air (2).
Dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas yang kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Mohamad Azlee (kanan) menyerahkan Watikah Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kepada Pengarah SPR Kedah Aldrina@Mimi O.P.Andu di Wisma Darul Aman, hari ini. -Bernama
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.
"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.
Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.
PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.